Utusan Borneo (Sarawak)

Farid Kamil gagal gugur lima pertuduhan jenayah

-

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara menolak representa­si pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari untuk menggugurk­an lima pertuduhan jenayah yang dihadapiny­a.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumka­n perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil, 37, di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mahkamah kemudianny­a mengekalka­n tarikh perbicaraa­n selama lima hari bermula 27 Nov depan.

Farid Kamil ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau akan menghantar representa­si kedua secepat mungkin.

“Kita terima keputusan yang telah ditetapkan dan perbincang­an akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukak­an representa­si untuk kali kedua,” kata pelakon itu.

Pada 16 Januari lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berke- lakuan tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalanka­n tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalanka­n tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakua­n tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Pada 25 Januari, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunaka­n dadah jenis Tetra Hydrocanna­binol atau THC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia