Utusan Borneo (Sarawak)

Bapa empat anak didakwa tendang dan pukul anjing

-

KUANTAN: Seorang bapa kepada empat anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan menendang dan memukul seekor anjing, yang videonya tular di laman sosial minggu lalu.

Ng Eh Choah, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah, namun pengakuann­ya tidak diterima memandangk­an tertuduh masih menjalani rawatan masalah mental.

“Meskipun tertuduh membuat pengakuan salah namun selepas melihat dan menilai keadaan tertuduh, mahkamah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemeriksaa­n di hospital.

“Mahkamah perlu mendapatka­n laporan penuh perubatan tertuduh sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes,” katanya.

Nurunaim kemudianny­a memerintah tertuduh dihantar Hospital Permai,Tampoi di Johor selama sebulan dan menetapkan 14 Nov depan untuk sebutan semula.

Tertuduh yang beralamat di Kampung Meranti Nenasi, Pekan dekat sini didakwa menendang dan memukul anjing itu pada jam 9 pagi, 10 Okt lalu di kawasan Syarikat Perkhidmat­an Hung Thai Crane, Jalan Semambu-Jabor di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 29( 1)( a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntu­kkan hukuman denda minimum RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Muhammad Hakimie Ali mewakili tertuduh manakala pendakwan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hayati Abdullah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia