Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas PM beberapa kali dipanggil untuk lengkapkan siasatan SPRM

-

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai memberi keterangan lebih enam jam di Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam setelah dipanggil lagi oleh suruhanjay­a itu berhubung siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Menurut sumber SPRM, Najib hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 10 pagi bagi membantu siasatan tersebut dan keluar kira-kira jam 4.30 petang.

Bagaimanap­un, pihak media yang telah menunggu sejak jam 9 pagi gagal merakamkan kelibat Najib selepas difahamkan beliau masuk dan keluar melalui pintu belakang.

Lebih 20 pengamal media sebaliknya berkumpul di kawasan pintu pagar utama SPRM, yang kebiasaann­ya merupakan laluan keluar masuk ke suruhanjay­a itu.

Najib sebelum ini telah beberapa kali dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapk­an siasatan SPRM.

Pada 3 Oktober lepas, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berikutan pihak berkuasa memerlukan maklumat tambahan daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Najib sebelum ini telah didakwa di mahkamah atas 32 pertuduhan.

Pada 4 Julai lepas beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga per- tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitka­n dana berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Seterusnya pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC In- ternationa­l Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas.

Pada 20 September, Najib sekali lagi didakwa atas 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001 dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM. — Bernama KEPALA BATAS: Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogam ( kg), air dan daun ketum serta mesin memproses pil ekstasi dan psikotropi­k bernilai RM8.8 juta semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata, pelupusan dadah itu melibatkan kes yang telah selesai dibicaraka­n sejak tahun 2001 hingga 2017 dengan membabitka­n 2,684 kertas siasatan di lima daerah di Pulau Pinang.

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk melupuskan semua dadah itu, antaranya ganja sebanyak 695.71kg; heroin (7.35kg); ketamin ( 1.67kg); Methamphet­amine ( 130.05kg); kafein (1.39kg); dan air ketum 257.41 liter serta daun ketum 0.038kg.

“Kami turut melupuskan mesin memproses pil- pil ekstasi dan psikotropi­k serta pelbagai bahan kimia cecair dan serbuk yang digunakan bagi memproses dadah seperti cecair etanol, asid kimia, kloroform dan dosium sulfat,” katanya kepada pemberita di Stor Berpusat Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini semalam.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahka­n pelbagai jenis dadah itu kepada Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam) untuk dimusnahka­n di premis syarikat itu di Seremban, Negeri Sembilan.

Roslee berkata sejak Januari hingga kelmarin, sebanyak lapan makmal haram dadah di Pulau Pinang berjaya ditumpaska­n dan polis merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai lebih RM100 juta.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain beliau berkata usaha mengesan mayat bayi lelaki yang didakwa ditanam seorang lelaki di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam, dekat sini awal pagi Jumaat lepas, giat dijalankan.

Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun yang mengaku menanam mayat bayi lelaki teman wanitanya itu mendakwa menanam di kawasan berkenaan namun pasukan polis bersama bahagian forensik tidak menemui mayat itu atau sebarang kesan kubur baharu di situ.

“Polis masih mencari mayat bayi itu di beberapa kawasan lain namun sehingga kini masih belum ditemui, suspek (lelaki) mendakwa dia tidak ingat lokasi sebenar menanam mayat tersebut,” katanya.

Pada Jumaat, seorang wanita dilapor melahirkan bayi di rumah teman lelakinya di Kampung Pertama, Permatang Pauh di sini namun bayi yang dikatakan telah meninggal dunia itu dikatakan ditanam lelaki terbabit di kawasan tanah perkuburan di Bagan Dalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HAMPA: Pengamal media kecewa gagal merakam kelibat Najib yang sekali lagi dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, dekat Putrajaya, semalam bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).
— Gambar Bernama HAMPA: Pengamal media kecewa gagal merakam kelibat Najib yang sekali lagi dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, dekat Putrajaya, semalam bagi membantu siasatan kes baharu berkaitan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia