Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada unsur sabotaj kematian lelaki warga Perancis terlibat keganasan

-

KUALA LUMPUR: Tiada unsur sabotaj dalam kemalangan van polis yang menyebabka­n kematian lelaki warga Perancis, yang disyaki terlibat ideologi Salafi Jihadi, di Hospital Sungai Buloh pada Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, van dinaiki Mickael Alain Louvier bersama beberapa anggota polis hilang kawalan apabila tayarnya meletup di KM428.3 Lebuhraya Utara Selatan, Bukit Beruntung dekat sini pada Jumaat.

“Kemalangan itu mengakibat­kan anggota polis serta suspek terpelanti­ng dan suspek yang dirawat (akibat cedera) tidak dapat diselamatk­an.

“Tohmahan mengatakan ada unsur sabotaj adalah tidak benar,” katanya dalam sidang media selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Bank Muamalat Berhad dan Yayasan Pengaman Malaysia di sini, semalam.

Bank Muamalat Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid manakala Yayasan diwakili Timbalan Pengerusin­ya Tan Sri Hussin Ismail.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek dibawa menaiki van itu bagi membolehka­n pihak polis menjalanka­n siasatan lanjut.

“Kita perlu dia untuk jalankan siasatan bagi mendapat bukti serta penggeleda­han dan lain-lain,” katanya sambil menambah pihaknya mem- punyai bukti kukuh suspek terlibat aktiviti penyebaran ideologi Salafi Jihadi dan Daesh.

Pada 24 September, suspek merupakan antara lapan lelaki yang ditahan dalam operasi di Perlis kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratk­an ketenteram­an awam dan keselamata­n persekutua­n bagi menyebarka­n ideologi itu.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan penyebaran ideologi Salafi Jihadi dan Daesh selain di Perlis, Mohamad Fuzi berkata siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung perkara ini.

“Penyebaran ideologi ini memang kita haramkan dan tidak akan bertolak ansur kerana ia akan menjadi ancaman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia