Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Johor rampas dadah RM1 juta, tahan 14 individu

-

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dan penyeludup­an dadah dengan penahanan 14 individu dan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1 juta menerusi enam serbuan serta dua pemeriksaa­n di beberapa daerah di negeri ini, sejak Jumaat hingga Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua sembilan lelaki dan empat wanita tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur antara 26 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 8.30 malam, Jumaat lepas hingga 10.30 malam, Ahad lepas.

Beliau berkata, kesemua serbuan dan pemeriksaa­n itu dilakukan di Jalan Teluk Buloh dan Jalan Melur dekat Batu Pahat; Taman Austin Perdana, Bandar Baru Uda, Iskandar Puteri dan Horizon Hills, di sini; Taman Reng- gam Jaya dekat Simpang Renggam serta Jeti Mersing dekat Mersing.

“Dua daripada mereka, iaitu seorang wanita berumur 34 tahun yang ditahan di Bandar Baru Uda dipercayai ketua sindiket berkenaan (queen pin) manakala seorang lelaki yang ditahan di Taman Renggam Jaya pula dipercayai ketua kongsi gelap Geng 36, di negeri ini.

“Wanita itu didapati pernah ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 manakala lelaki tersebut mempunyai beberapa rekod dadah dan jenayah berkaitan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) serta Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohmad berkata seorang lelaki yang ditahan di Horizon Hills pula didapati mempunyai rekod dadah dan dikehendak­i polis Indonesia kerana melarikan diri dari sebuah penjara di Bengkalis, Riau, Indonesia.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua dadah yang dirampas membabitka­n 16 kilogram disyaki syabu, enam kilogram disyaki heroin, 250 gram disyaki ketamin, 97 biji disyaki pil ekstasi, 12 biji disyaki pil yaba serta sebiji disyaki pil Eramin 5 yang kesemuanya dianggar bernilai RM1 juta.

Katanya, polis turut menyita sembilan kereta membabitka­n Jaguar XF, Toyota Vellfire, BMW, Ford Ranger, Mitsubishi Triton, Honda Accord, dua Perodua Myvi dan Proton Wira, sebuah motosikal Yamaha R1, wang tunai RM127,000, wang tunai Rupiah Indonesia 34.5 juta ( RM9,418), pelbagai jam tangan serta barangan kemas yang kesemuanya dianggar bernilai RM2 juta.

“Kesemua individu yang ditahan itu adalah dibawah sindiket yang sama. Polis percaya dadah tersebut dipasarkan ke negara jiran dan pasaran negara ini serta mampu digunakan oleh kirakira 85,000 orang penagih,” katanya.

Menurut Mohmad, kesemua mereka kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKTI: Mohmad (kanan) menunjukka­n gelang emas yang merupakan antara barangan yang disita pada sidang media di IPK Johor Bahru dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama BUKTI: Mohmad (kanan) menunjukka­n gelang emas yang merupakan antara barangan yang disita pada sidang media di IPK Johor Bahru dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia