Utusan Borneo (Sarawak)

Pertimbang perlindung­an insurans kepada polis

-

KUANTAN: Kerajaan diminta mempertimb­angkan pemberian perlindung­an insurans kepada pegawai dan anggota polis yang sentiasa berhadapan risiko dalam melaksanak­an tugas.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, anggota polis juga berhadapan dengan kesukaran mendapatka­n perlindung­an insurans sendiri ekoran keadaan pekerjaan mereka.

“Kerjaya sebagai polis adalah unik dan berisiko seperti anggota polis trafik terdedah risiko terbabit kemalangan atau pegawai siasatan jenayah yang mempunyai risiko diserang penjenayah.

“Kita lihat perlu ada insurans supaya sekiranya berlaku kemalangan, mereka dilindungi dan dapat imbuhan tertentu. Perkara ini juga perlu dilihat secara menyeluruh termasuk perlindung­an daripada penyakit.

“Kita hendak tengok Polis Diraja Malaysia ( PDRM) akhirnya diberi taraf yang sama dengan perkhidmat­an lain. Jika tidak dilakukan dalam masa terdekat, kita harap dapat dilaksanak­an pada tahun akan datang,” katanya.

Noor Rashid berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Dialog dan Amanat Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Exco Persatuan-persatuan Polis, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Pahang di sini, semalam.

Mengulas mengenai pengumuman kerajaan menubuhkan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Noor Rashid berkata pihaknya telah melantik pegawai untuk memberi penerangan berkaitan perkara itu kepada semua anggotanya.

“PDRM tidak berkomprom­i dengan salah laku pegawai dan anggota, lebih-lebih lagi kesalahan serius. Namun tindakan yang akan diambil terhadap mereka ini mestilah berlandask­an kepada ‘rule of law’ dan adil.

“Kita berjanji akan berikan perkhidmat­an yang terbaik, namun mesti diimbangi dengan tuntutan kebajikan yang boleh dipertimba­ngkan kerajaan.

“Pucuk pimpinan PDRM akan terus berjuang untuk memastikan the ‘bad apple’ (mereka yang menimbulka­n masalah) dalam pasukan disingkirk­an... kita tak mahu menyimpan pegawai yang menjejaska­n imej polis dengan melakukan sesuatu yang tidak selari dengan prinsip dan tanggungja­wab kita,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Noor Rashid tidak menolak kemungkina­n akan memanggil bendahari PAS dalam siasatan berkaitan dakwaan parti itu menerima wang daripada UMNO yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang diseleweng.

Menyifatka­n kes itu sebagai ‘menarik perhatian but not urgent’, Noor Rashid berkata memanggil bendahari dan mendapatka­n salinan akaun adalah suatu prosedur normal dalam siasatan berkaitan tabung parti politik.

Mengulas mengenai keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low, Noor Rashid berkata pihaknya mempunyai maklumat di mana ahli perniagaan yang diburu itu berada.

“Bila berada di negara lain, kita kena ikut prosedur perundanga­n yang ada...tidak boleh main serang masuk, kena ikut proses diplomatik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Noor Rashid (kanan) pada sidang media selepas menghadiri Program Dialog dan Amanat Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Exco Persatuan-persatuan Polis, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Pahang dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad (kiri).
— Gambar Bernama JAWAB: Noor Rashid (kanan) pada sidang media selepas menghadiri Program Dialog dan Amanat Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Exco Persatuan-persatuan Polis, Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Kontinjen Pahang dekat Kuantan, semalam. Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia