Utusan Borneo (Sarawak)

Harga produk tembakau perlu dinaikkan susulan kenaikan cukai

-

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit bagi semua jenama rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat kenaikan cukai berdasarka­n Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) baru-baru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Mengenai l arangan merokok di bangunan Parlimen, Dr Dzulkefly berkata, lapan notis kompaun telah dikeluarka­n termasuk kepada seorang Ahli Parlimen sejak dikuatkuas­akan kelmarin.

Tindakan itu diambil susulan pengisytih­aran sudut merokok dan tempat makan di dalam bangunan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok bermula kelmarin.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly turut mengumumka­n larangan penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berusia 21 tahun ke bawah berkuat kuasa sertamerta semalam.

Beliau berkata, semua penjual minuman beralkohol turut diwajibkan mempamerka­n notis ‘Meminum Arak Boleh Membahayak­an Kesihatan’ di hadapan lokasi premis masing-masing.

Katanya, minuman be-

Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) baru-baru ini akan menyebabka­n harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan. ” Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

ralkohol yang dijual juga hendaklah dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain.

Dr Dzulkefly berkata, kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Ditanya sama ada peraturan berkenaan perlu dipatuhi penganjur ‘ Oktoberfes­t’, beliau berkata ia sepatutnya dipatuhi penganjur acara berkenaan.

Mengulas mengenai stand- ard baharu Sebatian Minuman Keras (CHL), beliau berkata ia diwujudkan bagi mengawal keselamata­n dan kualiti produk serta memberi maklumat yang tepat kepada pengguna.

CHL merupakan minuman beralkohol yang dihasilkan daripada minuman beralkohol seperti wiski, rum, vodka dan brandi dengan ditambah etil alkohol yang berasal daripada pertanian atau sulingan yang berasal daripada pertanian.

“Standard yang baharu ini juga menetapkan bahawa produk CHL hanya dibenarkan dijual dalam botol kaca dengan isipadu minimum 700ml dan tidak lagi dalam botol kecil yang boleh diletak di dalam poket pelajar dan mereka yang di bawah umur,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMARAN: Notis larangan merokok ditampal di sebuah bilik merokok dalam Bangunan Parlimen berkuatkua­sa, di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama AMARAN: Notis larangan merokok ditampal di sebuah bilik merokok dalam Bangunan Parlimen berkuatkua­sa, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia