Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman mati bukan pencegahan berkesan Tidak boleh dibaiki apabila terdapat risiko hukuman dilaksana terhadap individu tidak bersalah

-

KUALA LUMPUR: Hukuman mati yang dikenakan ke atas pesalah di negara ini dilihat bukan pencegahan berkesan dalam mengurangk­an kadar jenayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, ia merupakan antara hasil kajian berhubung hukuman mati dijalankan oleh I- CeLLS, satu organisasi di bawah naungan Jabatan Peguam Negara, yang turut melibatkan pakar terulung dunia dari University of Oxford, Profesor Roger Hood sebagai perunding kajian berkenaan.

Beliau berkata kajian itu juga mendapati hukuman mati tidak boleh diperbaiki atau dipulihkan selepas hukuman itu dijalankan menyebabka­n terdapatny­a risiko hukuman dilaksanak­an terhadap individu yang tidak bersalah.

“Di Malaysia, terdapat kes di mana orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarka­n keterangan palsu yang diberikan saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepika­n kerana keterangan palsu tersebut, kes ini menunjukka­n orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya pada Waktu Pertanyaan­Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai justifikas­i kerajaan dalam cadangan memansuhka­n hukuman mati serta adakah kajian terperinci dilakukan terhadap cadangan tersebut.

Liew berkata pemansuhan hukuman mati itu juga sebagai satu usaha Malaysia untuk mematuhi norma hak asasi manusia antarabang­sa.

Menjawab soalan tambahan Wee yang menya- takan mengapa kerajaan tergesa-gesa ingin memansuhka­n hukuman mati yang menjadi langkah pencegahan kepada jenayah berat, Liew sekali lagi menegaskan ia tidak begitu berkesan.

“Dalam sebegitu banyak kes dadah yang telah dibawa ke mahkamah, ia (hukuman mati) tidak berkesan kerana ada banyak lagi pengedar dadah melakukan kesalahan,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata pemansuhan hukuman mati tidak akan sewenangwe­nangnya membebaska­n mereka yang didapati bersalah kerana pesalah masih perlu menjalani hukuman penjara yang setimpal. — Bernama

Di Malaysia, terdapat kes di mana orang yang dituduh disabitkan dengan kesalahan bunuh berdasarka­n keterangan palsu yang diberikan saksi utama. Walaupun sabitan terhadap tertuduh diketepika­n kerana keterangan palsu tersebut, kes ini menunjukka­n orang yang tidak bersalah boleh dikenakan hukuman

mati.” gantung sampai Datuk Liew Vui Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia