Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor gagal baiki sempurna jalan berdepan denda sehingga RM100,000

-

KUALA LUMPUR: Kontraktor yang didapati gagal membaiki dengan sempurna sebarang kerja pengorekan jalan awam berdepan hukuman denda sehingga RM100,000 jika pindaan ke atas Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 diluluskan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cadangan menaikkan kadar denda itu dibuat selepas mendapati denda sedia ada sebanyak RM1,000 dilihat tidak berkesan untuk membuat pencegahan kepada pesalah.

“Terdapat banyak aduan berkenaan korekan, kerosakan dan kualiti pembaikan jalan. Antara punca tersebut ialah kerja-kerja pengorekan jalan oleh individu atau syarikat utiliti yang melaksanak­an kerja tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan ( PBT),” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan ( Pindaan) 2018) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Selain jalan awam, Zuraida berkata denda itu juga akan terpakai bagi kesalahan merosakkan siar kaki, jalan kaki lima atau harta kepunyaan PBT atau yang di sepanjangn­ya orang awam mempunyai hak untuk lalu.

Katanya, pindaan ke atas Seksyen 39 akta berkenaan juga melibatkan cadangan menaikkan denda minimum RM500 sedia ada kepada RM50,000 bagi kesalahan mengambil tempat turap tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PBT atau tanpa kuasa lain yang sah di sisi undang-undang.

Pindaan itu juga mencadangk­an supaya kuasa diberi kepada PBT untuk mengarahka­n seseorang membetulka­n semula apa- apa perubahan yang dilakukann­ya kepada turap dan tapak jalan awam termasuk ke atas pagar dan tiang-tiangnya, selain melaksanak­an pembaikan bagi kerosakan yang dilakukan pada mana-mana jalan, siar kaki atau jalan kaki lima.

“Jika orang itu tidak berbuat demikian, PBT sendiri boleh mengarahka­n supaya kerja itu dilakukan dan menuntut kos dan belanjanya daripada orang berkenaan,” katanya.

Menurut Zuraida, pindaan juga akan menjadikan satu keperluan kepada manamana individu untuk mengemukak­an laporan geoteknika­l yang ditentu sah oleh pemeriksa bertauliah bagi apa- apa binaan bangunan yang melibatkan cerun dengan kecerunan 25 darjah dan ketinggian 10 meter. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia