Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan perlekeh kemampuan ATM, kata Mohamad Sabu

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan bahawa peralatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta sedia digunakan, jika berlaku peperangan.

Namun beliau berkata: “Kita tidak akan berperang dengan mana- mana negara, tetapi kita bersiap siaga sepenuhnya, tentera kita bersemanga­t. Kalau ada kerosakan (peralatan tentera), kita akan baiki,” katanya, sambil mengingatk­an semua pihak agar tidak memperleke­h kemampuan ATM.

Menteri itu menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari ( PAS- Pasir Mas) di persidanga­n Dewan Rakyat semalam, yang ingin tahu sejauh mana keupayaan jet pejuang ATM pada masa ini khususnya dalam operasi dan peperangan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing), Mohamad berkata negara masih belum mempunyai keupayaan penuh terutama dari aspek kewangan bagi ‘memiliki’ jet pejuang sendiri.

Beliau berkata, meskipun pakar penyelidik berpendapa­t Malaysia mampu memiliki sendiri jet pejuang pada 2020 namun ini bergantung kepada keupayaan kewangan negara.

“Dalam usaha negara untuk mengeluark­an kapal terbang misalnya, kita sudah mampu keluarkan kapal terbang penumpang bersaiz kecil.

“Tetapi, kalau kita keluarkan kapal terbang setakat 50 buah ia tidak ekonomik, mesti keluarkan banyak tapi kalau banyak nak jual di mana?” katanya.

Abd Latiff ingin tahu sama ada kementeria­n ingin mengadakan kerjasama dengan universiti yang mempunyai kepakaran tetapi tidak mempunyai modal mencukupi untuk diselaras bersama Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) agar dasar ‘self-reliance’ dapat dipercepat­kan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia