Utusan Borneo (Sarawak)

Penambahba­ikan SOP operasi menyelamat bergantung kajian jawatankua­sa berkecuali

-

KUALA LUMPUR: Penambahba­ikan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi menyelamat melibatkan air deras dan waktu malam bergantung kepada kajian jawatankua­sa berkecuali yang dilantik kerajaan bagi menyiasat insiden enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang lemas dalam operasi menyelamat baru-baru ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata jawatankua­sa itu yang dianggotai profesiona­l, badan bukan kerajaan dan pakar berkaitan akan memberi laporan tepat kepada kementeria­n seterusnya cadangan mereka sekiranya ada untuk penambahba­ikan SOP sedia ada.

“Mereka ini berperanan untuk mendapatka­n maklumat, fakta, keterangan dan penjelasan tepat mengenai insiden berkenaan dan mereka akan lihat sama ada wujud keperluan untuk tambah baik SOP atau kaji semula,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan­pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BNKetereh) yang mahu tahu langkah kementeria­n untuk menambah baik SOP operasi menyelamat melibatkan air deras dan pada waktu malam bagi mengelak kejadian yang menimpa enam anggota bomba berkenaan daripada berulang.

Pada 3 Oktober lepas, enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamat­an Di Air ( PPDA) Selangor berkenaan terkorban ketika menjalanka­n usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong di Puchong, Selangor.

Zuraida berkata kemente- rian akan turut mengkaji semula peralatan-peralatan menyelamat yang ada supaya sesuai dengan risiko operasi, selain menyediaka­n latihan pengukuhan komprehens­if dan berkala kepada anggota penyelamat.

Menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon ( PH- Tebrau) yang mahu tahu langkah kerajaan dalam menjaga kebajikan keluarga anggota bomba yang terkorban, Zuraida berkata kerajaan melalui mesyuarat Kabinet yang lepas, bersetuju memberi sumbangan RM20,000 untuk setiap keluarga mangsa.

“Kerajaan Selangor juga telah dengan murah hati menyumbang RM20,000 setiap keluarga, manakala di pihak kementeria­n, kita ada banyak jenis elaun dan insurans yang kita sekarang masih dalam semakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIASAK SOALAN: Zuraida ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke 14 di Parlimen Malaysia, semalam.
— Gambar Bernama DIASAK SOALAN: Zuraida ketika sidang media pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke 14 di Parlimen Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia