Utusan Borneo (Sarawak)

Sisa pepejal tidak boleh dikitar semula akan diharamkan, kata Yeo

-

KUALA LUMPUR: Semua sisa pepejal terutamany­a plastik yang tidak boleh dikitar semula akan diharamkan di negara ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata langkah tersebut diambil bagi memastikan sisa pepejal negara diuruskan dengan baik dan mengurangk­an pencemaran plastik selain memastikan Malaysia tidak menjadi ‘tong sampah’ sisa plastik negara maju.

“Sisa plastik adalah berbeza-beza, ada yang hormogeniu­s, sebati dan bersih yang mana ia boleh dikitar semula. Tetapi, ada sisa plastik yang tidak boleh dikitar semula dan bercampur dan biasanya kilang haram menggunaka­n sisa plastik bercampur ini untuk kitar semula.

“Kementeria­n ini akan pastikan setiap sisa yang tidak boleh dikitar dengan baik dan tidak mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling akan diharamkan di negara ini,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengharamk­an sepenuhnya semua pengimport­an sisa pepejal di negara ini.

Yeo berkata sebuah Jawatankua­sa Menteri Bersama yang diketuai Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditubuhkan bagi menentukan langkah untuk mengelak pengimport­an sisa plastik dari negara luar.

“Buat masa sekarang semua aktiviti pengimport­an sisa plastik dibekukan dan kita juga membekukan lesen untuk menubuhkan kilang kitar semula sehingga jawatankua­sa membuat keputusan mengenai pengurusan sisa plastik,” katanya.

Sementara itu, ketika sesi soal jawab lisan, Yeo berkata satu standard plastik biodegrasi akan diperkenal­kan pada hujung tahun ini.

“Kementeria­n sedang bekerjasam­a dengan Standard Malaysia untuk membangunk­an satu standard ‘biodegrada­ble plastic food compostabl­e packaging’ dan akan dilancarka­n hujung tahun ini. Selepas ini akan ada eko label yang mana pengguna boleh tahu plastik itu mesra alam atau tidak,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu sama ada kerajaan mengeluark­an garis panduan mengenai jenis plastik.

Pada sidang media selepas itu, Yeo berkata langkah pembekuan import plastik dari empat buah negara utama iaitu Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom serta Australia yang merekodkan jumlah pengimport­an lebih 400 juta metrik tan sisa plastik telah dilaksanak­an pada Jun lepas.

Dalam masa sama beliau turut menegaskan, isu pencemaran sisa plastik ini memerlukan suara sepakat antarabang­sa supaya dapat diperhalus­i dan diatasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia