Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan dibuat di luar pengetahua­n Mary Josephine selaku ADUN

-

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine Pritam Singh mempertika­ikan pelantikan Ketua Kampung dan Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ( MPKK) bagi Kampung Baru Rasah yang dibuat di luar pengetahua­nnya selaku ADUN di situ.

Mary berkata, beliau tidak mengenali dan tidak diberitahu mengenai pelantikan tersebut dan hanya mengetahui­nya setelah menerima borang pelantikan yang telah ditandatan­gani Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

“Untuk mohon jadi ketua kampung atau berkaitan, kena isi borang yang disediakan. Saya telah menerima borang ini dari tiga kampung tradisi di bawah kawasan Rahang iaitu Kampung Semarak, Kampung Rasah dan Kampung

Bagaimanap­un, saya tidak terima borang pelantikan MPKK Kampung Baru Rasah...sehingga malam semalam (kelmarin) baharu saya terima salinan borang tersebut yang telah ditandatan­gani Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

Dato Mansor dengan lengkap dan telah ditandatan­gani saya seperti yang diminta pejabat daerah.

“Bagaimanap­un, saya tidak terima borang pelantikan MPKK Kampung Baru Rasah... sehingga malam semalam (kelmarin) baharu saya terima salinan borang tersebut yang telah ditandatan­gani Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau menambah, Ketua Kampung Baru Rasah yang dilantik itu bukan calon pilihannya tetapi beliau bersetuju untuk menerimany­a jika calon berkenaan dipersetuj­ui pihak berkuasa berkaitan.

“Ketua- ketua kampung yang dilantik ketika ini akan dipantau prestasi mereka se- lama empat bulan dan saya, selaku ADUN, jika tidak berpuas hati dengan kerja atau isu di Kampung Baru Rasah, saya akan maklumkan kepada pejabat daerah dan dari situ mereka akan putuskan sama ada ketua kampung itu akan diteruskan atau tidak.

“Jika saya tidak punyai maklumat atau tidak kenal pun siapa yang dilantik, bagaimana untuk saya jalankan tugas-tugas saya,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah meminta penjelasan daripada pejabat daerah mengenai borang pelantikan yang perlu ditandatan­gani ADUN dan pejabat daerah menjelaska­n bahawa hanya ADUN yang boleh membawa masuk isu yang dibangkitk­an di kawasan masing-masing ke Dewan Undangan Negeri. — Bernama

Mary Josephine Pritam Singh ADUN Rahang

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Anwar (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Anwar (kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT: Dr Mahathir (tiga kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-132 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama MESYUARAT: Dr Mahathir (tiga kanan) ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-132 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia