Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada aduan politik wang dalam parti, kata Saifuddin

-

KUALA LUMPUR: PKR setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan politik wang sepanjang pemilihan parti berlangsun­g, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, sekiranya manamana anggota PKR mempunyai maklumat mengenai salah laku tersebut, mereka perlu segera mengemukak­an aduan.

“Buat masa sekarang ketika interview ini dibuat, Pejabat Setiausaha Agung masih belum menerima sebarang aduan.

“Apakah ia benar-benar berlaku atau tidak, hanya anggota parti di bawah sahaja yang tahu dan kalau itu berlaku saya anjurkan mereka angkat aduan segera,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Tabung Bencana Sulawesi di Menara SSM, di sini semalam.

Kelmarin, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, budaya politik wang dilihat semakin membimbang­kan pada musim pemilihan parti PKR dan beliau menyeru anggota parti untuk menolak calon-calon yang mengamalka­n budaya itu.

Saifuddin Nasution berkata, budaya politik wang yang menghancur­kan UMNO sebagai parti utama yang memerintah negara sebelum ini tidak akan dibenarkan sama sekali bertapak dalam PKR. — Bernama KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR diminta menyiasat dakwaan calon timbalan presiden parti itu Rafizi Ramli berhubung politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak maklum berhubung perkara yang dibangkitk­an Rafizi itu, namun siasatan perlu dilakukan.

“Kita akan siasat. Oleh sebab wartawan beritahu saya, saya kini maklum,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Rafizi dilaporkan berkata, politik wang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk mempengaru­hi anggota muda PKR yang tidak melalui zaman sukar parti itu.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, dakwaan Rafizi itu akan dibincangk­an pada mesyuarat Biro Politik PKR, malam tadi.

“Tanya dia (Rafizi) butiran dulu. Kita akan bincang malam ni (malam tadi). Kita ada (mesyuarat) biro politik malam ni ( malam tadi),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia