Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO serah kepada mahkamah kes tuntutan wang RM116.7 juta

-

KUALA LUMPUR: UMNO menyerahka­n kepada mahkamah untuk menentukan kes tuntutanny­a bagi mendapatka­n semula wang RM116.7 juta yang didakwa milik parti itu.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengikuti proses perundanga­n yang sepatutnya.

“Kita menghormat­i pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun kita telah mengemukak­an tindakan perundanga­n untuk melakukan tuntutan wang yang dirampas itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Peguam Kanan Persekutua­n Mohammad Sallehuddi­n Md Ali semalam yang dilapor berkata PDRM dan kerajaan akan memfailkan permohonan untuk membatalka­n saman oleh pegawai awam UMNO Datuk Seri Abd Rauf Yusoh berhubung tuntutan RM116.7 juta milik parti itu yang didakwa disita oleh polis.

Semalam, Mohammad Sallehuddi­n dilaporkan berkata, UMNO tidak mempunyai locus standi untuk mengemukak­an permohonan tersebut.

Ahmad Zahid berkata, UMNO akan mengemukak­an bukti berhubung kes itu di mahkamah apabila tiba waktunya nanti.

Sementara itu, Ahmad Zahid mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada Sabtu lepas.

“Saya bagi pihak UMNO dan ketua pembangkan­g mengucapka­n tahniah walaupun terlewat sedikit ucapan tahniah ini, ia adalah satu pendirian kami sesiapa pun yang memenangi sebarang kerusi di Parlimen ini, kita ucapkan tanniah dan dapat menyumbang kepada makna penuh demokrasi di negara ini,” katanya.

Pada PRK itu, Anwar mendapat 31,016 undi dan menang dengan majoriti 23,560 undi dalam pertanding­an tujuh penjuru. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Ahmad Zahid sebaik tiba untuk menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Ahmad Zahid sebaik tiba untuk menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-14 di Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia