Utusan Borneo (Sarawak)

NGO persoal kesediaan pihak berkuasa pantau projek mega di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Sebuah NGO semalam mempersoal­kan kesediaan pihak berkuasa awam dalam mengendali­kan projek mega baharu berikutan insiden di tapak kerja barubaru ini.

Citizens Awareness Chant Group (CHANT) berkata, insiden di tapak kerja itu menjadikan banyak warga Pulau Pinang tertanya-tanya sama ada pihak berkuasa berkenaan, termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), bersedia bagi menghadapi projek baharu di bawah Pelan Induk Pengangkut­an Pulau Pinang (PTMP) dan Pelan Struktur Pulau Pinang 2030.

Penasihat CHANT Yan Lee turut bertanya bagaimanak­ah agensi terbabit memantau kesemua projek baharu di Pulau Pinang dan peranan mereka dalam memastikan keselamata­n penduduk Pulau Pinang.

“Adakah mereka (MBPP, JKR dan DOSH) sedia untuk memantau semua projek baharu ini dan adakah mereka mempunyai jurutera yang cukup untuk berbuat demi- kian demi keselamata­n semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yan berkata, terdapat beberapa projek baharu di Pulau Pinang yang memerlukan pemantauan sewajarnya oleh pihak berkuasa bagi memastikan kesemua projek itu membawa manfaat kepada penduduk Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada Khamis lepas, 14 rasuk konkrit berukuran 25 meter setiap satu bagi projek Jalan Bukit Kukus bernilai RM545 juta, terjatuh di lereng di Jalan Tun Sardon di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia