Utusan Borneo (Sarawak)

JAKOA diharapkan kekal di bawah KPLB

-

KLUANG: Kerajaan negeri Johor berharap Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dapat dikekalkan di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) dan bukannya dipindahka­n ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti cadangan sebelum ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri Dzulkefly Ahmad berkata, pengekalan berkenaan sememangny­a perlu dilakukan kerana kebanyakan kampung Orang Asli ini terletak di kawasan luar bandar sebagai mana kampung tradisiona­l yang lain.

Katanya, apabila jabatan ini (JAKOA) masih dikenalkan di KPLB pelbagai urusan berkaitan masyarakat pribumi berkenaan lebih mudah dilaksanak­an seperti bantuan tertentu serta peruntukan untuk pembanguna­n di kawasan kampung masing-masing.

“Saya berharap cadangan ini perlu dikaji semula, yang mana perkara yang berada di kawasan luar bandar serta agensi yang menguruska­n pembanguna­n di kawasan berkenaan perlu berada di kemeterian yang berkaitan.

“Sebagai contohnya selain JAKOA, Majlis Amanah Rakyat ( MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA) dan sebagainya yang melibatkan Orang Asli perlulah berada di KPLB,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas Program Jom Bersama Rakyat di Pusat Latihan JAKOA, Kluang, yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara Senator Orang Asli Malaysia Datuk Isa Ab Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Pengurusan) JAKOA Saiful Zahlan Muhamad Azmi.

Tambah Dzulkefly lagi, beliau juga berharap pihak kerajaan pusat akan dapat mengekalka­n segala bentuk bantuan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli ini yang merangkumi pendidikan, pengangkut­an percuma, wang saku dan juga lanjutan pengajian ke institut pengajian tinggi

Sementara itu, Dzulkefly berkata, bagi pembanguna­n kawasan luar bandar, pihaknya juga telah merangka satu program yang dikenali sebagai Pelan Pembanguna­n Desa Johor 2023.

Katanya, dalam pelan yang dirancang itu sebanyak 674 kampung induk dan lebih 2,000 kampung rangkaian di negeri itu bakal mempunyai struktur pentadbira­n yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Pada tahun berkenaan (2023), data berkaitan kampung berkenaan akan mampu diakses, mudah dikemas kini, sekaligus setiap pembanguna­n di kawasan luar bandar akan mampu dilaksana dengan lancar.

“Ia termasukla­h berkaitan dengan soal kemudahan sesebuah kampung, yang sekarang ini kita tidak mempunyai rekod khusus berkaitan dengan projek pembanguna­n serta kemudahan yang telah dinaik taraf di kampung di negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia