Utusan Borneo (Sarawak)

Sterling menyinar ketika bantu England catat salah satu kemenangan paling cemerlang dengan benam Sepanyol 3-2 di Seville

-

SEVILLE: Raheem Sterling menjaringk­an dua gol ketika England mencatatka­n salah satu kemenangan mereka yang paling cemerlang dalam era moden dengan menewaskan Sepanyol 3-2 di Seville kelmarin.

Bermain di tempat lawan, dan menentang pasukan Sepanyol yang mempamerka­n prestasi cemerlang di bawah jurulatih baharu Luis Enrique, ini ternyata kemenangan terbaik England di bawah Gareth Southgate dan, mungkin, kejayaan mereka yang paling mengagumka­n sejak mereka membelasah Jerman 5-1 di Munich pada 2001.

Marcus Rashford merupakan seorang lagi penjaring dalam tempoh 45 minit pertama yang rancak, yang menyaksika­n Sepanyol dibolosi gol tiga lagi di tanah air sendiri buat pertama kali dalam sejarah mereka.

“Untuk bermain seperti apa yang mereka lakukan, ini harus menjadi titik rujukan yang amat baik bagi pasukan ini untuk masa depan,” kata Southgate.

Paco Alcacer, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menanduk masuk bola sebelum minit ke-60 untuk mencetuska­n harapan bagi kebangkita­n tetapi England sudah selamat pada waktu Sergio Ramos menjaringk­an gol pada minit ke-98, dengan aksi terakhir perlawanan.

Ia bermakna England menghidupk­an harapan mereka untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan 4 dalam Liga Negara-Negara UEFA, sedangkan Sepanyol memerlukan hanya satu mata sahaja daripada perlawanan ini untuk menjamin tempat teratas.

Ia adalah malam untuk menamatkan tempoh dan memecah rekod. Gol pembukaan Sterling adalah gol pertamanya dalam tempoh 1,102 hari untuk England, malah lebih menakjubka­n memandangk­an dia menambah gol keduanya 22 minit kemudian.

“Satu-satunya perkara yang

Untuk bermain seperti apa yang mereka lakukan, ini harus menjadi titik rujukan yang amat baik bagi pasukan ini untuk masa depan. Gareth Southgate Jurulatih England

kami ada sebut ialah apabila dia menjaringk­an gol, dia akan menjaringk­an gol lagi,” kata Southgate. “Dia berjaya berbuat demikian dengan agak cepat.”

Kali terakhir England menang ke atas Sepanyol di tempat lawan adalah pada 1987 - yang juga kali terakhir mereka menjaringk­an gol ketika menentang Sepanyol di tempat lawan, menerusi Gary Lineker.

Dengan usia purata hanya lebih 23 tahun sahaja, ini merupakan barisan kesebelasa­n utama England yang paling muda pada abad ke-21. Itu pasti aspek yang paling mengujakan bagi Southgate.

Bagi Sepanyol, Alcacer sekarang mempunyai 10 gol yang menakjubka­n daripada 10 rembatan terakhir ke arah sasaran. Namun kekalahan itu merupakan sesuatu umpama semakan realiti.

“Mengibarka­n bendera untuk gol,” kata muka depan akhbar Marca kelmarin.

Mereka sudah menjaringk­an 12 gol dalam tiga perlawanan sejak Luis Enrique menggalas tugas.

“Ia jelas bukan malam kami,” katanya. “Kami telah membuat kesilapan pada peringkat individu dan gol-gol mereka adalah ubat bagi mereka dan racun bagi kami.”

Namun Eric Dier menetapkan rentak pada awal perlawanan. Dia memaksa Sergio Busquets, yang bermain hambar sepanjang perlawanan, mengelak hantaran pertamanya dan kemudian melorongka­n bola melepasi Ramos, yang turut bermain tidak menentu.

Selepas permulaan yang tidak teratur, England mula menyesuaik­an diri dan pada minit ke-13, menjaringk­an gol.

Menerima tekanan di belakang, mereka menyimpan bola sehingga risiko terlalu hebat dan Jordan Pickford menendang bola ke hadapan kepada Harry Kane.

Dengan Sepanyol yang terkandas di hadapan, dia dapat berpusing dan mencari Rashford, dengan hantaran pantas yang melepaskan Sterling. Dia merembat bola yang mencecah sudut atas gawang.

“Kami akan kekal di atas,” laung penyokong pasukan pelawat ketika Thiago Alcantara mengelecek pemain tengah England dengan kuisan dan muslihat. Tetapi tidak berkesan.

Sebaliknya, Kane menunjukka­n nilai seorang penyerang tengah kelas tertinggi untuk gol kedua England. Dia mengatasi asakan Ramos untuk memenangi tendangan Pickford ke depan padang, berlari lebih pantas daripada Nacho untuk mengejar bola muntah dengan hantaran ke belakang yang cantik. Rashford hanya perlu menyudahka­n gerakan.

Keyakinan awal Sepanyol hilang dan England menambah gol ketiga sebelum waktu rehat, yang disambut dengan wisel oleh penyokong tuan rumah. Bola cantik Ross Barkley yang tinggi sekali lagi mendapati Ramos leka dan Kane melorongka­n bola kepada Sterling untuk menolak bola ke dalam ga- wang.

“Adakah anda Scotland yang menyamar?” laungan berkumanda­ng dari sudut.

Sepanyol dimasukkan awal untuk babak kedua, antara mereka Alcacer, yang menggantik­an Saul. Dia menjaringk­an gol dengan sentuhan pertamanya, tandukan masuk daripada t e n d - a n - gan

sudut Marco Asensio, yang diberikan selepas Pickford gagal menangkap bola dengan kemas.

Ia merupakan beberapa minit yang buruk bagi penjaga gol England, yang kemudian bermainmai­n dan dibentes oleh Rodrigo.

Pickford menolak bola keluar tetapi mungkin mengasari Rodrigo d a l a m proses terseb u t d a n Sepan y o l berke r a s menyatakan mereka sepatutnya diberikan tendangan penalti. Pengadil tidak yakin. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MANTAP: Sterling (depan) diasak hebat oleh pemain Sepanyol ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Benito Villamarin, Seville kelmarin.
— Gambar AFP AKSI MANTAP: Sterling (depan) diasak hebat oleh pemain Sepanyol ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Benito Villamarin, Seville kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia