Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Negara-Negara: Dua gol Dzeko lanjutkan permulaan sempurna Bosnia

-

SARAJEVO: Edin Dzeko melanjutka­n permulaan sempurna Bosnia dalam Liga Negara- Negara apabila penyerang Roma itu mengilhamk­an kemenangan 2- 0 ke atas Ireland Utara kelmarin.

Dzeko menyeksa barisan pertahanan Ireland Utara dengan permainan pemangsa di Sarajevo.

Pemain berusia 32 tahun itu menjaringk­an gol pada separuh masa pertama dan menjamin mata penuh selepas waktu rehat.

Bosnia menduduki tempat teratas dalam kumpulan tiga pasukan mereka dalam Liga Negara-Negara, yang turut merangkumi Austria, selepas mengutip mata maksimum daripada tiga perlawanan mereka.

Ireland Utara, yang turut ditewaskan oleh Bosnia di Belfast pada bulan lepas, bermain dalam enam perlawanan di tempat lawan tanpa sebarang jaringan dan menduduki tempat tercorot dalam kumpulan selepas tiga kekalahan berturut- turut.

“Seorang pemain muda membuat keputusan yang salah dalam kawasan yang salah di atas padang dan itulah sebabnya kenapa Dzeko adalah pemain seperti itu, dia menghukum anda. Ia adalah satu pengajaran yang sukar bagi kami,” kata pengurus Ireland Utara, Michael O’Neill.

Ia mungkin berbeza jika pemain tengah Middlesbro­ugh, George Saville, dapat menggunaka­n satu peluang awal untuk meletakkan Ireland Utara di hadapan apabila cubaannya terkena tiang gol daripada bola hantaran silang Jamal Lewis.

Namun Bosnia perlahanla­han menemui rentak dan membuka jaringan pada minit ke- 27.

Lewis tergelinci­r untuk menghadiah­kan bola kepada Edin Visca di dalam kawasan Ireland Utara dan hantaranny­a menemui Dzeko yang tidak dijaga dan menolak bola ke dalam gawang dengan penyudah yang tenang.

Dzeko meletakkan bola di dalam jaring sekali lagi dengan rembatan kencang beberapa minit kemudian, tetapi cubaannya dibatalkan oleh keputusan ofsaid yang boleh dipertikai­kan.

Bosnia jelas menguasai permainan dan Ognjen Vranjes merembat bola yang tersasar sedikit sebelum waktu rehat.

Gavin Whyte dimasukkan sebagai pemain gantian untuk Ireland Utara pada separuh masa kedua dan mensia-siakan peluang yang cantik untuk menyamakan kedudukan.

Whyte melompat untuk menyambut bola hantaran lintang Stuart Dallas dan apabila tandukanny­a diselamatk­an, bola jatuh balik kepada pemain tengah Oxford itu, yang berjaya melakukan cubaan yang terkena palang gol dari jarak dekat dengan gawang kosong di hadapannya.

Ia ternyata titik perubahan yang penting apabila Dzeko, bekas bintang Manchester City, menjamin mata penuh pada minit ke-73. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CETUS INSPIRASI: Dzeko ketika beraksi pada perlawanan Liga Negara- Negara menentang Ireland Utara di Stadium Grbavica, Sarajevo kelmarin.
— Gambar AFP CETUS INSPIRASI: Dzeko ketika beraksi pada perlawanan Liga Negara- Negara menentang Ireland Utara di Stadium Grbavica, Sarajevo kelmarin.
 ?? — Gambar Reuters ?? CERIA: Mbappe (tengah) dan Deschamps (dua kanan) ketika menghadiri sesi latihan di Stade de France, Saint-Denis pada Isnin lepas.
— Gambar Reuters CERIA: Mbappe (tengah) dan Deschamps (dua kanan) ketika menghadiri sesi latihan di Stade de France, Saint-Denis pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia