Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe tidak besar kepala, kata Deschamps

-

SAINT-DENIS: Fenomena Perancis Kylian Mbappe telah menangani kebangkita­nnya kepada status superstar dengan sangat baik, kata jurulatih kebangsaan Didier Deschamps sehari sebelum perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang musuh hebat mereka Jerman.

Pemain berusia 19 tahun dari pinggir Paris itu menghiasi muka depan edisi semasa majalah mingguan Time di Amerika dan merupakan salah seorang bintang Piala Dunia Rusia pada musim panas ini.

Ditanya sama ada perhatian itu telah membuat Mbappe besar kepala ataupun tidak, Deschamps menepis bulatbulat tanggapan tersebut.

“Tidak sama sekali, dia tidak besar kepala. Walaupun dia berada dalam akhbar atau di muka depan Times dan sudah menjadi terkenal di seluruh dunia,” kata Deschamps mengenai pemain bintangnya.

“Dia menangani segalanya dengan amat baik.”

“Dia tahu ke mana dia pergi dan semua ini tidak akan mengganggu­nya, dia bukan orang yang besar kepala,” kata Deschamps.

Dalam perlawanan terakhirny­a untuk PSG, Mbappe merobek Lyon pada Ahad lepas dengan empat gol dalam masa 13 minit.

Ketika menentang Iceland pada Khamis lalu, Mbappe sepatutnya berehat di bangku pemain simpanan, tetapi selepas Perancis ketinggala­n dua gol, dia dimasukkan, dan memaksa jaringan sendiri oleh pasukan lawan selain menyempurn­akan tendangan penalti untuk menyelamat­kan keputusan seri.

Dia menjadi pemain remaja kedua dalam sejarah selepas Pele untuk menjaringk­an gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia pada Julai lalu apabila dia menyumbat gol dalam kemenangan 4-2 ke atas Croatia di Moscow.

Yuran perpindaha­n sebanyak 180 juta euro (RM846 juta) yang dibayar oleh PSG kepada Monaco untuk Mbappe berada tidak jauh di belakang rekod dunia 222 juta euro (RM1.02 bilion) yang mereka bayar untuk bintang Brazil, Neymar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia