Utusan Borneo (Sarawak)

Kedudukan Teong Kim selaku Pengarah AMD masih ‘samar’

-

KUALA LUMPUR: Kedudukan Lim Teong Kim selaku Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di bawah Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (PPBN) masih belum diputuskan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantau PPBN kelmarin berkata status bekas penolong jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu bukan antara agenda yang dibincangk­an di dalam mesyuarat tersebut.

“Ia tidak dibincangk­an. Hari ini (kelmarin) fokus kita (jawatankua­sa) adalah merangkumi aspek dari segi pengurusan program itu sendiri. Jawatankua­sa ini bukan bertujuan untuk membuat keputusan tetapi menyediaka­n cadangan kepada Menteri.

“Benda- benda berkaitan teknikal kita akan bincang kemudian apabila kita sudah bersedia,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat di MSN, Bukit Jalil di sini.

Teong Kim, 55, mempunyai kontrak bersama PPBN sehingga 2020.

Beliau yang merupakan bekas pemain kebangsaan dan pernah beraksi di Jerman bersama kelab Hertha BSC dengan rekod lapan gol dalam 29 penampilan, dilihat sebagai individu tepat untuk menyediaka­n platform pembanguna­n bola sepak tanah air apabila dilantik menyandang jawatannya pada 2013.

Nama Teong Kim menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tempatan selepas beliau dipecat serta-merta sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 16 Tahun (B-16) oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) susulan tersingkir­nya skuad negara daripada Kejuaraan B- 16 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 bulan lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Shapawi berkata pada mesyuarat yang turut dihadiri beberapa pihak antaranya FAM yang diwakili Timbalan Presidenny­a Datuk Seri Subahan Kamal, satu kata sepakat mengenai hala tuju PPBN telah berjaya dicapai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia