Utusan Borneo (Sarawak)

Temasya SOPMA ke-20 diharap jadi pentas atlet-atlet pekak tempa nama di peringkat antarabang­sa

-

IPOH: Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) ke-20 diharap menjadi pentas untuk para atlet menempa nama hingga ke peringkat antarabang­sa sekali gus membuktika­n komunikasi bukan satu halangan buat mereka, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan Perak Howard Lee Chuan How.

Berucap pada majlis perasmian pembukaan SOPMA di Dewan Seri Perdana Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, beliau berkata selepas temasya SOPMA 2018 para atlet akan berhadapan dengan cabaran Sukan Orang Pekak ASEAN, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflimpik.

“Syabas saya ucapkan kepada setiap kontinjen kerana sanggup menyahut cabaran ini walaupun banyak halangan dan rintangan yang dihadapi, namun kegigihan dan kesungguha­n anda untuk berjuang demi nama baik negeri amat saya kagumi.

Bangkit dan berjuangla­h sehabis daya anda untuk negeri masing-masing. Selari dengan konsep ‘Sukan Untuk Semua’, ternyata warga kurang upaya pendengara­n mampu bersukan seperti atlet bukan Pekak yang ada di luar sana,” katanya.

Pada temasya SOPMA kali ini, 46 pingat emas dipertandi­ngkan menerusi lima acara iaitu bola sepak, futsal, tenpin boling, badminton dan olahraga.

SOPMA berlangsun­g sela- ma lima hari mulai kelmarin hingga 20 Okt melibatkan seramai 2,500 atlet dan pegawai dari 14 negeri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Kamarzaman Harun ketika ditemui pemberita berkata beliau berharap akan ada lebih ramai pihak yang sudi memberi sumbangan bagi membolehka­n atlet yang terpilih mewakili negara bertanding ke peringkat antarabang­sa.

“Kita sangat memerlukan dana untuk menghantar para atlet ke peringkat antarabang­sa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Howard (tiga kanan) pada perasmian SOPMA ke- 20 di Institut Latihan Kemahiran Kementeria­n Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta malam kelmarin. Turut hadir, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Kamarzaman Harun (lima kiri).
— Gambar Bernama PERASMIAN: Howard (tiga kanan) pada perasmian SOPMA ke- 20 di Institut Latihan Kemahiran Kementeria­n Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta malam kelmarin. Turut hadir, Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Kamarzaman Harun (lima kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? KAMI JUARA: Para pemain dan pewagawai pasukan TFC II meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan UKM FC dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.
— Gambar Bernama KAMI JUARA: Para pemain dan pewagawai pasukan TFC II meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan UKM FC dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia