Utusan Borneo (Sarawak)

Jin Wei sasar 10 terbaik dunia menjelang 2020

-

SEPANG: Pemain badminton perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina, menyasarka­n untuk menduduki ranking 10 teratas dunia dalam jangka masa dua tahun lagi.

Jin Wei, 18, berkata kemenangan yang diraih itu membuatkan dirinya lebih bermotivas­i mencipta kejayaan pada masa akan datang dalam usaha untuk memburu mata dalam siri kejohanan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dan memperbaik­i rankingnya.

“Dalam masa dua tahun akan datang ini saya mahu menjadi pemain yang berada dalam ranking 10 terbaik dunia sekali gus mencerahka­n peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo di Jepun pada 2020,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Argentina di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) kelmarin.

Pada aksi final tempoh hari, pemain pilihan ketiga itu menyingkir­kan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir untuk menyambar emas pertama negara di Technopoli­s, Buenos Aires.

Sementara itu, Jin Wei yang akan sekali lagi menggalas tugas negara dalam Kejohanan Remaja Dunia pada 5 hingga 18 Nov ini di Markham, Kanada, menyifatka­n tugas berat menanti dan enggan berasa selesa dan akan berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik.

“Saya rasa setiap kejohanan merupakan permulaan yang baharu bagi setiap pemain. Saya akan lupakan kejayaan sebelum ini dan memberikan fokus serta aksi terbaik untuk kejohanan selepas ini”.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Ng Chin Chai berkata ?????kejayaan Jin Wei itu memberikan gambaran bahawa negara masih mempunyai barisan pemain pelapis yang baik.

“Kebangkita­n Jin Wei, Lee Zii Jia dan terbaru Cheam June Wei yang berjaya melangkah ke final Terbuka Belanda semalam membuktika­n bakat muda kita masih ada harapan untuk bersinar,” katanya.

Menurut beliau, BAM akan berusaha keras dalam mendidik dan akan memastikan bakat-bakat muda bakal menjadi penganti pemainpema­in senior negara.

“Semua pihak perlu bekerjasam­a untuk membangunk­an pemain remaja negara supaya kejayaan yang mereka lakar hari ini tidak berakhir di sini dan yang penting pemain remaja teruskan berusaha dan tidak terbuai dengan kejayaan,” katanya.

Untuk rekod, bintang muda negara Zii Jia merekodkan pencapaian terbesar dalam kariernya apabila meraih gelaran Terbuka Taiwan dengan menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21- 17, 16- 21, 21- 11 dalam aksi final minggu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia