Utusan Borneo (Sarawak)

Smith jangkakan Terry beri impak besar

-

LONDON: Pengurus baharu Aston Villa, Dean Smith, telah menyokong John Terry untuk memberi impak besar selepas bekas bintang Chelsea itu menyertai kakitangan kejurulati­han di kelab Liga Kejuaraan itu.

Smith menjadi pengurus tetap kelima Villa dalam tempoh tiga tahun terakhir apabila dia meninggalk­an Brentford untuk menggantik­an Steve Bruce yang dipecat pada a minggu lepas.

Terry, yang bermain untuk Villa pada musim lepas, telah dilantik untuk menjadi penolong Smith, selain Richard O’Kelly yang turut berpindah dari Brentford.

Bintang berusia 37 tahun itu menolak tawaran untuk meneruskan karier sebagai pemain bersama Spartak Moscow pada awal musim ini dan mengumumka­n persaraann­ya sejurus sebelum dia kembali ke Villa Park.

Smith percaya karier Terry yang gilang-gemilang sebagai pemain pertahanan yang berjaya bersama Chelsea dan England akan menjadikan­nya sumber yang tidak ternilai untuk digunakan dalam usahanya untuk membimbing Villa balik ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Ketika saya berada di Brentford, saya bekerja dengan Richard dan Thomas Frank, ia adalah semula jadi bahawa kita ada seorang lagi dalam pasukan kejurulati­han untuk bekerja dengan kita,” kata Smith kelmarin.

“John kaya dengan pengalaman, semua kita tahu dia pernah bermain pada peringkat tertinggi dan selama ini memang berminat dengan kejurulati­han.

“Ia adalah bagus untuk turun padang bersama John dan Richard dan bekerja bersama pemain.”

T e r r y m e r u p a k a n anggota pasukan Villa

y a n g d i t e - waskan oleh Fulham dalam perlawanan akhir playoff Liga Kejuaraan di Wembley.

Dia terbabit dalam usaha melatih pemain muda akademi Chelsea sejak dia mening-

galk a n Villa pada musim lepas tetapi ingin sekali untuk melibatkan diri dengan pasukan senior. “Datang ke sini, Richard dan John pasti terlibat dalam segalanya. Pemilihan pasukan, latihan, bimbingan, perancanga­n. Saya mengamalka­n dasar pintu terbuka dan saya akan menerima nasihat dan pendapat,” kata Smith. Bekas rakan Terry dalam pasukan Chelsea, Frank Lampard, menggalas tugas pertamanya sebagai pengurus di Derby pada tahun ini. Namun Terry, bekas kapten England, berpuas hati untuk bekerja dari bawah, menurut ketua eksekutif Villa, Christian Purslow. “Ia jelas selepas berada di Aston Villa pada musim lepas, John benar-benar memahami kelab ini dan membiasaka­n diri dengannya,” kata Purslow. “Dia akan banyak membantu Dean pada peringkat awal. Ia adalah hebat sekali kerana seorang pemain bolasepaky­ang hebat telah mengabdika­n diri untuk cuba menjadi seorang jurulatih terkemuka. Itu adalah langkah pertama dalam perjalanan yang jauh.” T e r r y memenangi lima kejuaraan EPL, lima Piala FA dan Liga Juara-Juara 2012 ketika dia bermain di Stamford Bridge. — AFP

 ??  ?? TERRY
TERRY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia