Utusan Borneo (Sarawak)

Halep nikmati kedudukann­ya di tempat teratas ranking dunia dua tahun berturut-turut

-

MOSCOW: Simona Halep d a r i R o - mania berkata dia se- dang menikmati kedudukann­ya di tempat teratas ranking dunia selepas dia memenangi tempat nombor satu WTA pada hujung tahun buat tahun kedua berturut-turut. “Saya rasa hebat, saya rasa sangat gembira kerana saya berada di tempat teratas dua tahun berturut-turut,” kata Halep di satu sidang akhbar di Piala Kremlin, satu acara gabungan ATP dan WTA di Moscow. “Tahun ini menakjubka­n, tahun terbaik dalam hidup saya dalam tenis. Memenangi Grand Slam menjadikan­nya sangat istimewa dan ia akan selamanya berada di dalam hati saya.’

Halep bermain dalam dua perlawanan akhir Grand Slam, memenangi mahkota Terbuka Perancis selain kejuaraan di Shenzhen dan Montreal, untuk mendahului ranking selama 40 minggu pada tahun ini.

Dia berkata kejayaanny­a yang luar biasa adalah hasil usaha gigihnya setiap hari.

“Saya sangat fokus kepada apa yang saya perlu buat di atas gelanggang, saya berusaha gigih setiap hari, saya sangat bermotivas­i sepanjang tahun, saya tidak membiarkan masa berlalu tanpa berusaha dalam perlawanan,” katanya.

“Saya tidak pernah berputus asa, saya cuba setiap hari untuk bermain dengan lebih baik. Semua perkara ini membantu saya untuk mengekalka­n saya selama empat-lima tahun dalam kelompok lima teratas.”

Pemain nombor satu dunia itu, yang sudah layak ke kejohanan akhir WTA pada hujung tahun, menambah dia memutuskan untuk bermain di Moscow bagi menyelesai­kan masalah yang dia masih alami ekoran kecederaan belakang sebelum dia bermain di Singapura.

“Saya datang ke sini untuk memastikan saya dapat bermain, kerana belakang saya belum lagi pulih sepenuhnya,” katanya.

“Saya sedang menunggu untuk melihat bagaimana saya bangun esok, kerana hari ini saya ada latihan yang sukar. Saya akan melihat bagaimana keadaannya di sini dan saya akan pergi ke Singapura.” — AFP

 ??  ?? HALEP
HALEP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia