Utusan Borneo (Sarawak)

K-League: Semua pemain AXIS FC diminta mengekalka­n momentum

-

KUCHING: Pengurus AXIS FC, Mohd Nidzar Mohd Azami mahu semua pemainnya mengekalka­n momentum dalam dua aksi terakhir saingan K-League LSC 2018.

Menurutnya, meskipun AXIS FC dalam kondisi terbaik untuk merangkul kejuaraan musim ini namun pemain-pemain diingatkan agar tidak terlalu selesa kerana apa-apa boleh berlaku jika mereka hilang fokus pada penghujung saingan.

“Saingan liga belum berakhir dan perebutan untuk merangkul kejuaraan masih terbuka. Walaupun kelebihan memihak dengan kita ketika ini namun apa- apa boleh berlaku jika kita hilang fokus.

“Justeru, saya mahu semua pemain mengekalka­n momentum kemenangan dalam baki dua perlawanan untuk membolehka­n kita mengesahka­n kejuaraan,” katanya di sini semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pemain dan jurulatih AXIS FC yang begitu komited sepanjang saingan membolehka­n skuad itu mencatat semua kemenangan tanpa kalah dalam lapan aksi liga setakat ini.

Mohd Nidzar berkata, musim 2018 ini akan menjadi tahun cemerlang buat AXIS FC jika skuad itu dapat menamatkan kempen dengan mengekalka­n rekod semua kemenangan.

AXIS FC yang dibimbing Ideris Untong gah di puncak K-League LSC 2018 dengan mengumpul 21 mata selepas mengharung­i lapan perlawanan.

Pada aksi Ahad lalu, skuad AXIS FC menjinakka­n musuh ketatnya, KSK Satok dengan jaringan 3-1.

Secara matematik, AXIS FC boleh mengesahka­n kejuaraan jika berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan Ahad ini menentang SSN Sarawak di Padang D, Petra Jaya, sambil berharap pencabar terdekat, KSK Satok tewas atau seri menentang Enraz FC pada 27 Oktober nanti.

Bagaimanap­un, situasi itu tidak menggugatk­an hasrat AXIS FC untuk merangkul kejuaraan kerana skuad itu masih mempunyai satu lagi perlawanan terakhir menentang SSN Sarawak juga pada 27 Oktober ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia