Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Venom’ terus unggul di carta box office Amerika Utara

-

FILEM adiwira Sony ‘Venom’ meneruskan penguasaan­nya pada hujung minggu di box office Amerika Utara walaupun berdepan dengan ulasan yang buruk, di mana ia sekali lagi diikuti oleh filem nombor dua minggu lepas, ‘A Star Is Born’, menurut data akhir yang dikeluarka­n pada Isnin.

‘Venom’ memperoleh­i AS$35 juta untuk tayangan selama tiga hari pada hujung minggu, manakala ‘Star’ daripada Warner Bros. yang mendapat ulasan bagus memperoleh­i AS$28.4 juta dalam jualan tiket.

Filem astronaut yang dipuji ramai daripada Universal, ‘First Man’, yang diarahkan oleh pemenang Oscar Damien Chazelle, memperoleh­i hanya AS$16 juta dalam hujung minggu pembukaann­ya, untuk menduduki tempat ketiga.

‘Venom’ dibintangi oleh Tom Hardy sebagai seorang jurnalis yang menjadi perumah kepada ‘symbiote’ makhluk asing yang memberikan­nya kekuatan luar biasa. Karakter itu pada asalnya penjahat dalam dunia ‘Spider-Man’.

Filem itu turut dibintangi oleh Michelle Williams, dan mempunyai jualan tiket global yang kukuh.

‘A Star Is Born’, pembikinan semula filem pada tahun 1937 dengan judul yang sama, merupakan pengarahan sulung pelakon Bradley Cooper.

Dalam filem itu, beliau berlakon sebagai seorang pemuzik country/rock kaki botol yang jatuh cinta dengan seorang penyanyi muda, yang dilakonkan oleh bintang pop Lady Gaga, di mana bintang muda yang diasahnya itu terus melonjak naik manakala bintangnya terus tenggelam.

‘First Man’ dibuka dengan jangkaan yang tinggi, yang menyatukan Chazelle dengan Ryan Gosling, bintangnya dari muzikal popular ‘La La Land.’

Di tempat keempat adalah filem Sony, ‘Goosebumps 2: Haunted Halloween’, yang mencatat jualan tiket sebanyak AS$15.8 juta. Sekuel mesra keluarga itu, berdasarka­n siri buku kanak-kanak oleh R.L. Stine, dibintangi oleh Wendi McLendon-Covey dan Madison Iseman.

Di tempat kelima adalah filem animasi Warner Bros. ‘Smallfoot’, dengan kutipan sebanyak AS$9.1 juta.

Filem itu mengisahka­n sekumpulan Yeti yang ketakutan apabila mereka terserempa­k dengan seorang manusia. Suara-suara filem itu dipinjamka­n oleh barisan pelakon terkemuka antaranya adalah Channing Tatum, James Corden, Zendaya, dan Common.

Melengkapk­an 10 filem teratas di box office Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘Night School’ (AS$7.8 juta), ‘Bad Times at the El Royale’ (AS$7.1 juta), ‘The House With a Clock in Its Walls’ (AS$3.8 juta), ‘The Hate U Give’ (AS$1.7 juta), dan ‘A Simple Favor’ (AS$1.3 juta). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia