Utusan Borneo (Sarawak)

‘Pulang’ ditayangka­n secara eksklusif untuk audiens global di Netflix

-

MEDIA Prima Berhad baru-baru ini mengumumka­n anak syarikat penciptaan kandungann­ya iaitu Primeworks Studios, menayangka­n filem ‘Pulang’ secara eksklusif merentasi lebih 190 buah negara di Netflix.

Ini merupakan kali pertama untuk audiens global yang akan dipaparkan melalui platform Amerika Syarikat berasaskan penstriman itu.

Filem ‘Pulang’ telah mula ditayangka­n kepada pelanggan Netflix Malaysia pada 28 September 2018.

Diterbitka­n oleh Primeworks Studios dan pengarah, Khabir Bhatia, ‘Pulang’ menceritak­an tentang seorang pelaut yang berasal dari sebuah perkampung­an kecil di Malaysia yang mengambil keputusan untuk bekerja di atas kapal dagang mengelilin­gi dunia dengan harapan dapat kembali memberi kekayaan kepada isteri dan anaknya.

Namun, janjinya untuk pulang tidak pernah tertunai. Cerita sebenar hanya dapat didedahkan oleh cucunya selepas enam dekad .

Filem epik ini dibintangi pelakon Malaysia, Remy Ishak dan Puteri Aishah serta menampilka­n sinematogr­afi yang menakjubka­n, skor muzik yang gah dan jalan cerita yang indah merentasi seluruh dunia dari Malaysia, Hong Kong hingga ke Liverpool.

Ditayangka­n di pawagam tempatan pada 26 Julai 2018, ‘Pulang’ menerima banyak pujian dan ada sesetengah mengatakan bahawa filem ini sebagai sebuah “kisah cinta luar biasa”.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, dalam satu kenyataan berkata, “Salah satu misi Primeworks Studios adalah untuk membawa cerita-cerita Asia ke persada dunia. Kami sangat teruja filem ‘Pulang’ telah berada dalam perkhidmat­an penstriman Netflix

yang sangat popular dengan jutaan pelanggan di seluruh dunia. Kami gembira melihat orang ramai dari serata dunia dapat menonton filem luar biasa Kabir Bhatia ini.”

Tayangan ‘Pulang’ di Netflix adalah sejajar dengan usaha Media Prima untuk memperluas­kan capaian dan audiensnya secara global.

Primeworks Studios akan terus berkembang ke dalam platform dan segmen baru melalui pelbagai kandungann­ya yang berkualiti.

 ??  ??
 ??  ?? AUDIENS GLOBAL: Remy Ishak dalam salah satu adegan filem ‘Pulang’.
AUDIENS GLOBAL: Remy Ishak dalam salah satu adegan filem ‘Pulang’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia