Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan Senat AS mengaku bersalah kes bocor maklumat sulit kepada media

-

WASHINGTON: Seorang anggota kakitangan Senat Amerika Syarikat (AS) yang ditangkap pada tahun ini berhubung dakwaan membocorka­n maklumat sulit kepada teman wanitanya, yang juga seorang pemberita, mengaku bersalah kelmarin atas tuduhan berbohong kepada ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI).

Jabatan Keadilan berkata James Wolfe, bekas pengarah keselamata­n bagi Jawatankua­sa Perisikan Senat, mengaku bersalah atas satu tuduhan membuat kenyataan palsu kepada ejen.

Wolfe, 57, mengaku berbohong tentang mempunyai hubungan dengan pemberita, termasuk seorang, yang kemudian dikenali sebagai pemberita Ali Watkins, yang menjalin hubungan sulit dengannya.

Dalam satu kenyataan rayuan, Jabatan Keadilan berkata Wolfe, tanpa kebenaran, mendedahka­n maklumat “bukan awam” yang sensitif namun tidak sulit kepada pemberita.

Dia berdepan dengan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak AS$9,500.

Wolfe ditangkap pada 7 Jun lalu ketika pentadbira­n Trump menuntut tindakan diambil ke atas kebocoran kepada media.

Menurut laporan, Jabatan Keadilan sedang menjalanka­n sekurang-kurangnya 20 siasatan kebocoran berasingan.

“Peguam negara telah menyatakan siasatan dan pendakwa bagi pendedahan maklumat terkawal tanpa kebenaran adalah keutamaan Jabatan Keadilan,” kata Timbalan Peguam Negara John Demers.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, Jabatan Keadilan merampas rekod selama bertahun-tahun berhubung dua akaun e-mel dan satu nombor telefon milik Watkins, kes pertama yanag diketahui di mana rekod seorang wartawan dirampas di bawah pentadbira­n Trump.

Jawatankua­sa Untuk Melindungi Wartawan dan kumpulan media lain melabel rampasan itu sebagai ancaman kepada kebebasan media.

Watkins, 26, menjalin hubungan sulit dengan Wolfe yang sudah berumahtan­gga selama tiga tahun, tempoh di mana Watkins berjaya mendapatka­n beberapa ‘scoop’ berkaitan keselamata­n negara yang akhirnya membantuny­a mendapatka­n pekerjaan pada hujung tahun lepas di akhbar The New York Times.

Pendakwaan itu membayangk­an kebocoran yang menjadi tumpuan penyiasat berlaku sebelum dia menyertai Times.

Selepas Wolfe ditangkap, Times menugaskan Watkins ke meja lain ekoran satu semakan dalaman. — AFP

 ??  ?? WOLFE
WOLFE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia