Utusan Borneo (Sarawak)

Jutawan Tanzania diculik, keluarga tawar ganjaran kepada pemberi maklumat

-

DAR ES SALAAM: Keluarga jutawan Tanzania, Mohammed Dewji yang diculik pada Khamis, menawarkan ganjaran 1bn Tanzania shilling, kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga mangsa dapat diselamatk­an.

Jutawan termuda di Afrika itu diculik lelaki bersenjata di luar gimnasium di kawasan kejiranan Oysterbay.

Pesuruhjay­a Polis Dar es Salaam, Paul Makonda berkata kepada pemberita, Dewji yang meminati aktiviti kecergasan itu tidak mempunyai pengawal keselamata­n.

Beliau berkata polis telah menahan lebih 20 orang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan itu, namun motif penculikan dan tempat mangsa disembunyi­kan masih belum dikenal pasti.

“Polis percaya dua lelaki berkulit putih dalang di sebalik kehilangan Dewji,” katanya.

Sementara itu, jurucakap keluarga, Azim Dewji berkata ganjaran itu diharap dapat membantu polis menjalanka­n siasatan.

Laporan majalah Forbes mengatakan Dewji mem- punyai kekayaan bernilai $1.5 bilion dan menyifatka­nnya sebagai jutawan tunggal Tanzania.

Dewji juga dikenali Mo, berjaya memajukan perniagaan perusahaan borong dan runcit keluargany­a sehingga muncul sebagai konglomera­t pan-Afrika.

Syarikatny­a, MeTL, mempunyai kepentinga­n dalam pembuatan tekstil, pengilanga­n tepung, minuman dan minyak masak, sekurang- kurangnya di enam negara Afrika.

Dewji juga pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen selama sedekad sehingga 2015. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia