Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas bersama Microsoft P. Allen meninggal dunia

-

SAN FRANCISCO: Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen meninggal dunia pada petang Isnin akibat kanser, lapor agensi berita Xinhua. Pengasas Vulcan Inc. itu berusia 65 tahun.

Menurut kenyataan syarikat, Allen meninggal akibat komplikasi kanser limfoma dan menyifatka­n mendiang seorang pakar teknologi, dermawan serta prihatin.

Kakaknya, Jody, menyifatka­n mendiang sebagai individu luar biasa.

“Paul Allen juga adalah saudara lelaki, bapa saudara dan kawan paling disayangi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella berkata, Allen telah membuat sumbangan besar terhadap Microsoft dan industri teknologi.

Pada 1975, Allen menubuhkan Microsoft dengan rakan ketika zaman kanakkanak­nya Bill Gates.

Gates, yang juga pengerusi bersama Yayasan Bill dan Melinda Gates, turut bersedih dengan kematian Allen.

“Sejak awal kami bersamasam­a di Sekolah Lakeside (di Seattle), dan berkongsi menubuhkan Microsoft, beliau adalah rakan dan sahabat sejati. Pengkomput­eran peribadi tidak akan wujud tanpanya,” kata Gates.

Allen mengasaska­n Vulcan pada pertengaha­n tahun 80- an untuk melabur di beberapa syarikat media dan komunikasi.

Mendiang juga pernah terlibat dengan projek amal dan merupakan pemilik kelab pasukan sukan profesiona­l Amerika Syarikat seperti Seahawks dan Portland Trail Blazers.

Dinamakan antara orang terkaya di dunia, mendiang menduduki tempat ke- 44 senarai jutawan Forbes 2018 dengan anggaran nilai bersih aset lebih AS$20 bilion. — Bernama

 ??  ?? ALLEN
ALLEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia