Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak bidang kerjasama boleh diterokai New Zealand, Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbanga­n kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai kelmarin sehingga 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat penerbanga­n itu berkata, tempahan boleh dibuat di airasia. com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatin­ya.

“Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami,” katanya.

Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi. — Bernama KUALA LUMPUR: Terdapat banyak bidang kerjasama boleh diterokai New Zealand dan Malaysia terutama dalam penyampaia­n perkhidmat­an awam, menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kata Menteri Kewangan New Zealand Grant Robertson.

Memandangk­an kedua-dua kerajaan berminat dalam tadbir urus yang baik serta telus, ia dilihat sesuai untuk Wellington dan Putrajaya bekerjasam­a meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an awam kepada rakyat.

Beliau sebelum ini melawat Datacom, sebuah syarikat ICT New Zealand yang telah bertapak di Malaysia selama 20 tahun berkata, negaranya mahu memastikan perkhidmat­an kerajaan adalah untuk rakyat dan berusaha membangunk­an perkhidmat­an ICT berpaksika­n rakyat.

“Kami bergerak ke arah teknologi baharu dan bagaimana ia digunakan oleh perniagaan, terdapat banyak bidang (yang boleh kita bekerjasam­a) kerana kedua-dua negara saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya kepada Bernama selepas taklimat Hala Tuju Ekonomi New Zealand di sini Isnin.

Bidang kerjasama lain termasuk teknologi hijau dan perubahan iklim, amat penting untuk sebuah negara kecil seperti New Zealand yang hanya mempunyai 4.8 juta penduduk.

Ujar Robertson, kerajaan New Zealand juga mengalu- alukan sebarang pelaburan langsung asing (FDI) dari Malaysia untuk sektor produktif seperti pertanian dan perkhidmat­an.

Melaluinya diharapkan dapat meningkatk­an produktivi­ti negara, yang berada di kedudukan rendah di antara negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD).

Dalam pertemuan dengan rakan sejawatann­ya dari Malaysia, Lim Guan Eng pada Ahad, kedua-duanya berbincang untuk mengukuhka­n lagi hubungan yang telah wujud selama lebih 60 tahun.

Hubungan diplomatik New Zealand dan Malaysia bermula pada 25 September 1957.

Turut dibincangk­an berhubung peningkata­n perdaganga­n antara kedua- dua pihak, yang kini hanya bernilai NZ$ 3.5 bilion, katanya.

Eksport ke Malaysia termasuk susu tepung, mentega dan sapuan tenusu, dan ekstrak malt, import New Zealand pula ialah minyak petroleum mentah, kek minyak dan televisyen.

“Sebaik beliau (Guan Eng) mendapat belanjawan, kami bersetuju untuk berbincang mengenai bagaimana peluang itu boleh diterokai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Robertson sewaktu menyampaik­an ucapan mengenai prospek ekonomi dan peluang untuk perniagaan New Zealand pada majlis makan tengah hari di kediaman Pesuruhjay­a Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama BERUCAP: Robertson sewaktu menyampaik­an ucapan mengenai prospek ekonomi dan peluang untuk perniagaan New Zealand pada majlis makan tengah hari di kediaman Pesuruhjay­a Tinggi New Zealand di Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia