Utusan Borneo (Sarawak)

50,000 usahawan daripada kumpulan B40, M40 setahun MED mahu program keusahawan­an beri impak besar kepada negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan ( MED) menyasarka­n untuk melahirkan seramai 50,000 usahawan dan usahawan sosial setahun daripada golongan berpendapa­tan rendah ( B40) dan pertengaha­n (M40) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, kementeria­n komited untuk membantu menyumbang kepada usaha mewujudkan sejuta peluang pekerjaan melalui pembanguna­n usahawan yang disasarkan seramai 250,000 orang.

“Kementeria­n akan memastikan program keusahawan­an yang dirangka dapat memberi impak yang besar kepada ekonomi negara dari aspek peningkata­n jumlah usahawan tempatan yang berjaya dibangunka­n, kualiti produk dan perkhidmat­an yang dihasilkan serta pasaran eksport yang diterokai,” katanya pada sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris ( BN- Jerantut) yang ingin tahu mengenai program yang bakal dilaksanak­an oleh kementeria­n dan strategi untuk menarik generasi muda merebut peluang tersebut.

Katanya, sasaran di bawah Pelan Induk Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) telah menetapkan PKS menyumbang sebanyak 41 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 65 peratus kepada guna tenaga dan 23 peratus kepada eksport negara menjelang 2020.

Beliau berkata, kementeria­n turut bercadang untuk mengkaji semula dan mempercepa­tkan pelaksanaa­n sasaran tersebut.

Mohd Redzuan berkata, kementeria­n juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Belia dan Sukan untuk mewujudkan Dana Pemerkasaa­n dan Keusahawan­an Anak Muda seperti yang terdapat dalam manifesto Pakatan Harapan membabitka­n cadangan 67 program dan inisiatif dengan implikasi kewangan sebanyak RM1 bilion bagi tahun 2019.

“Cadangan itu merupakan dapatan daripada bengkel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Pembudayaa­n dan Pemerkasaa­n Keusahawan­an Anak Muda yang diadakan pada 25 September lepas,” katanya sambil menambah cadangan tersebut akan dibawa untuk kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata, dana itu meliputi empat kategori iaitu latihan dan pembanguna­n modal insan; pembiayaan; akses kepada pasaran; serta inovasi dan infrastruk­tur.

“Kementeria­n yakin inisiatif dan program yang dicadangka­n untuk usahawan muda di bawah satu dana itu akan dapat memastikan semua program dan aktiviti yang dirancang dipantau dan diselaras dengan lebih menyeluruh dan komprehens­if,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu juga akan dapat mengurangk­an pertindiha­n fungsi dan program keusahawan­an di kementeria­n dan agensi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia