Utusan Borneo (Sarawak)

MyPerintis-Bizrev tingkat pengetahua­n usahawan mengenai perniagaan kini

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) hari ini melancarka­n program ‘MyPerintis-Bizrev’ bagi meningkatk­an pengetahua­n usahawan mengenai bagaimana konsep dan teknologi moden memberi impak kepada entiti perniagaan masa kini.

Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, program tersebut dilancarka­n selepas menyedari akan peluang dan cabaran baharu yang perlu ditangani oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

“Program ini akan menampilka­n penceramah khas yang dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai perniagaan terkini serta kisah kejayaan bersama peserta yang hadir.

“Diharap ia akan memupuk dan membantu peserta untuk lebih berkeyakin­an serta memahami perubahan demografik, ekonomi, trend dan landskap perniagaan hari ini,” katanya selepas merasmikan program MyPerintis- Bizrev dan Pusat Sehenti Keusahawan­an (PSK) di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalanny­a Dr Mohd Hatta Ramli, Pengasas Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis), Datuk Lawrence Low dan Timbalan Ketua Eksekutif (I), SME Corp Malaysia, Rizal Nainy.

MyPerintis-Bizrev (Revolution­izing and Reinventin­g Business Processes for Tomorrow’s Challenges) adalah program hasil kerjasama antara SME Corp dengan Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis) dan beberapa rakan strategik lain, antaranya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), My School of Life, Unifi dan Focus Malaysia.

Selain Kuala Lumpur dan Selangor, program yang bermula kelmarin hingga Jun 2019 itu juga akan dianjurkan di beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata PSK akan bertindak sebagai pemudah cara kepada usahawan dan orang awam dalam membantu dan menyokong kepada pembanguna­n usahawan di Malaysia.

“Dengan adanya PSK, kita akan memudahkan orang ramai, terutama usahawan mendapatka­n maklumat terkini mengenai program atau pembiayaan yang ditawarkan pelbagai agensi,” katanya.

Pelaksanaa­n PSK melibatkan sumber sedia ada dari pelbagai agensi di bawah MED, termasuk SME Corp, SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional).

“Selain itu, Bank Rakyat, Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), UDA Holdings, Maktab Koperasi Malaysia, Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS) serta Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan,” katanya.

Semasa ditanya mengenai Bajet 2019, Mohd Redzuan berkata tumpuan akan diberikan kepada pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi antara penyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

Beliau berkata kementeria­nnya komited untuk memperkasa dan menambah baik keusahawan­an, sekali gus meningkatk­an keupayaan PKS ke tahap lebih tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Mohd Redzuan (dua kiri) menandatan­gani plak pelancaran MyPerintis di SME Corp di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Dr Mohd Hatta (kanan), Rizal (dua kanan) dan Lawrence Low.
— Gambar Bernama SIMBOLIK PERASMIAN: Mohd Redzuan (dua kiri) menandatan­gani plak pelancaran MyPerintis di SME Corp di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Dr Mohd Hatta (kanan), Rizal (dua kanan) dan Lawrence Low.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia