Utusan Borneo (Sarawak)

TM R&D raih anugerah inovasi topi keselamata­n pintar

-

KUALA LUMPUR: TM Research & Developmen­t (TM R&D), cabang penyelidik­an dan anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), memenangi kategori penyelidik­an dan pembanguna­n dalam penghasila­n inovatifny­a bagi topi keselamata­n pintar di Anugerah ICT MSC Malaysia Asia Pasifik (MSC Malaysia APICTA) Ke-19 baru-baru ini.

Kejayaan pada acara yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) itu membolehka­n TM R&D dipilih untuk mewakili Malaysia dalam ‘Cross Category: Research & Developmen­t’ di Anugerah APICTA Antarabang­sa 2018 di Ghuangzhou, China.

Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr Sharlene Thiagaraja­h, menerima anugerah tersebut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman dalam satu kenyataan berkata: “Kami teruja TM R&D memenangi anugerah tersebut. Ia adalah penghormat­an yang besar dan yang pertama daripada pelbagai inovasi yang akan diperkenal­kan oleh cabang R&D kami. Kami tentunya berbangga dengan pengiktira­fan dan pencapaian cemerlang TM R&D dalam industri ICT.”

Topi keselamata­n pintar itu merupakan topi berasaskan data, penyelesai­an Internet of Things yang menyediaka­n pemantauan secara langsung, tanpa wayar dan pelbagai sensor, termasuk kesan kemalangan dan geolokasi yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai analisis bagi tapak kerja yang lebih selamat.

Ia menghantar telemetri ke awan dan memproses data untuk manfaat majikan serta pekerja. Ia mempunyai semua ciri topi keselamata­n, perkhidmat­an pengesanan lokasi, kehadiran, pengesanan pelanggara­n, dan kamera video untuk latihan jauh serta pemerhatia­n kecemasan tenaga kerja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia