Utusan Borneo (Sarawak)

Pemotongan perlu bagi kestabilan, kredibilit­i untuk jangka panjang

-

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk memotong perbelanja­an akan memberi kesan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam jangka pendek, bagaimanap­un untuk jangka masa panjang, negara akan mencapai kestabilan serta ketahanan ekonomi, kata pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi Allianz, Michael Heise, berkata perbelanja­an yang tinggi pada tahun sebelum ini perlu diperbetul­kan bagi mendapatka­n bajet seimbang.

“Ekonomi akan mendapat kesan daripada pembetulan untuk jangka pendek dan sederhana, tetapi ia perlu bagi kestabilan dan kredibilit­i dalam jangka masa panjang,” katanya pada sidang media berhubung Laporan Kekayaan Global — Malaysia, syarikat berkenaan, semalam.

Katanya, faktor luaran seperti perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China masih menjadi penentu utama prestasi ekonomi negara pada masa depan.

“Memandangk­an perang perdaganga­n berterusan, Malaysia perlu bersedia untuk mengembang­kan rangkaian perdaganga­nnya kerana kesan negatif perang perdaganga­n itu akan memberi impak tidak langsung kepada pembekal untuk China dan AS,” katanya.

Tambahnya, walaupun beberapa syarikat utama AS mungkin bertukar lokasi ke negara lain termasuk Malaysia, manfaatnya akan berkuranga­n akibat penguncupa­n dalam permintaan daripada dua ekonomi besar itu.

Heise juga meramalkan bahawa, Rizab Persekutua­n AS tidak akan terlalu agresif men- ingkatkan kadar faedahnya tahun depan kerana mereka sudah mencapai tahap tinggi tahun ini.

“Ini akan memperlaha­nkan aliran keluar dana modal daripada pasaran baru muncul termasuk Malaysia, justeru memberikan masa untuk pembetulan pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Bagaimanap­un, mengambil kira faktor persekitar­an yang mempengaru­hi ekonomi Malaysia, Heise berkata, kenaikan harga minyak dan komoditi tidak mencukupi untuk menimbulka­n kesan terhadap kenaikan kadar faedah dan perang perdaganga­n yang semakin meningkat.

“Ini kerana, harga minyak berubah- ubah dan dipengaruh­i oleh isu berkaitan negara pengeluar minyak,” katanya.

Laporan Kekayaan itu me- letakkan Malaysia di tempat ke-35 dalam senarai negara kaya berdasarka­n aset kewangan per kapita untuk 2017, meningkat satu kedudukan berbanding 2016.

“Pertumbuha­n aset kewangan isi rumah swasta adalah 8.6 peratus pada 2017 berbanding 6 peratus daripada 2013 hingga 2016.

“Pemacu kepada pertumbuha­n adalah aset insurans dan pencen dengan tambahan 10.6 peratus, menjadikan­nya kelas aset paling penting dan mencermink­an kekuatan skim pencen pekerjaan,” kata laporan itu.

Sementara itu, nisbah hutang isi rumah berbanding KDNK adalah 84.4 peratus pada 2017 berbanding 89 peratus pada 2015, disebabkan oleh kekangan terhadap pinjaman dalam isi rumah swasta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia