Utusan Borneo (Sarawak)

MED kaji semula semua dasar dan inisiatif pembanguna­n usahawan PKS

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) sedang mengkaji semula semua dasar dan usaha berkaitan pembanguna­n usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan­nya lebih holistik, bersepadu dan bersasar.

Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, langkah itu bertujuan mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan dalam pasaran dengan produk dan perkhidmat­an yang kompetitif.

“Atas sebab ini, menjadi misi kementeria­n untuk memperluas dan menyelaras­kan aktiviti keusahawan­an supaya ia menjadi lebih bersasar, terangkum, meliputi semua segmen masyarakat terutama B40 ( kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah) dan M40 (kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n),” katanya semasa berucap di Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, MED serta agensi di bawahnya, seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Bank Rakyat dan SME Corp, akan menyediaka­n sokongan dan kemudahan kepada usahawan tempatan, dengan demikian mereka boleh mencapai kemajuan dan mengharung­i persaingan serta cabaran dalam pasaran global.

“Ini penting terutama dalam berdepan gelombang semasa perubahan ekonomi serta Industri 4.0,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, kementeria­n itu akan menumpukan, antara lain, menyediaka­n latihan dan kemudahan yang sesuai kepada usahawan berasaskan keperluan industri seperti nasihat perniagaan, pinjaman serta pembiayaan untuk merangsang minat potensi dan usahawan baharu dalam mewujudkan syarikat pemula niaga masing-masing.

Beliau berkata, bantuan itu akan ditingkatk­an supaya usahawan dapat memastikan pertumbuha­n dan kemampanan perniagaan mereka.

Sidang kemuncak sehari itu dianjurkan Kingsley Advisory and Strategic Initiative­s Institute. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia