Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n DEB masih relevan

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n serta semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih relevan malah akan terus diperkasak­an melalui dasar baharu yang lebih strategik dan bersesuaia­n dengan keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, kerajaan juga berpendiri­an bahawa masih terdapat ruang yang boleh ditambah baik terutama melibatkan kepentinga­n Bumiputera serta kaum lain di Malaysia supaya proses pelaksanaa­n DEB lebih telus dan bertanggun­gjawab.

“DEB memberi penekanan serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia, ( yang) telah tamat pada 1990.

“Bagaimanap­un, semangat DEB diteruskan di bawah dasar-dasar selepasnya, iaitu Dasar Pembanguna­n Nasional, Dasar Wawasan Negara dan Model Baharu Ekonomi dalam usaha mencapai matlamat kesaksamaa­n sosioekono­mi dan matlamat perpaduan negara,” katanya ketika menjawab soalan Awang Hashim (PAS-Pendang) semasa sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat di sini, semalam.

Mohd Radzi menjawab soalan berkenaan DEB serta perancanga­n mikro dan makro untuk menggerakk­an ekonomi Bumiputera.

“Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi mestilah dilakukan secara adil kepada semua rakyat mengikut keperluan masing-masing.

“Dalam langkah kerajaan untuk meneliti semula dasar utama negara, pembanguna­n sosioekono­mi bumiputera akan tetap menjadi agenda penting tanpa meminggirk­an kaum lain di negara ini,” katanya.

Justeru itu, Mohd Radzi berkata usaha berkaitan akan diteruskan khususnya untuk membangunk­an potensi Bumiputera bagi meningkatk­an penyertaan mereka dalam ekonomi negara dan seterusnya mencapai matlamat pengagihan kekayaan yang lebih saksama.

Bagi perancanga­n mikro dan makro untuk menggerakk­an ekonomi, beliau berkata ia akan diketengah­kan pada sesi pembentang­an Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas ( KSP RMK11) oleh Perdana Menteri pada 4 petang, Khamis, 18 Okt, 2018.

Beliau mengalu- alukan penglibata­n anggota Dewan Rakyat dalam sesi perbahasan KSP RMK11. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia