Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjaya prospek bangun projek bercampur bernilai RM1.1 bilion

-

KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Property Sdn Bhd sedang membangunk­an projek pembanguna­n bercampur di Jalan Klang Lama di sini dengan nilai pembanguna­n kasar RM1.1 bilion.

Pengerusi Eksekutifn­ya Datuk Tee Eng Ho berkata projek itu yang meliputi kawasan seluas 2.10 hektar, yang akan dilancarka­n pada suku pertama 2019, dijadualka­n siap pada 2022.

Ia mengandung­i 276 bilik ‘ Courtyard by Marriott’, dua menara mengandung­i 68 pangsapuri perkhidmat­an serta pejabat.

“Kami bangga menjalin usaha sama dengan Marriott Internatio­nal yang akan mengurus operasi komponen ‘Courtyard’. Ia tidak sahaja akan meningkatk­an reputasi kumpulan dalam industri hartanah, malah membawa nilai dan ciri kehidupan dalam projek pembanguna­n eksklusif bercampur kami di Kuala Lumpur.

“Ini seterusnya akan meningkatk­an keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap Kerjaya Group, ketika kami berusaha untuk melakar nama dalam segmen hartanah selain menjadi antara penggiat utama dalam sektor pembinaan dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas menandatan­gani memorandum kerjasama ( MoC) antara Kerjaya Prospek dan Marriott Internatio­nal di sini semalam.

Menerusi MoC, Marriott Internatio­nal akan mengurus operasi Courtyard by Marriott menerusi kontrak 10 tahun manakala Kerjaya Prospek akan mereka bentuk dan mencadangk­an projek pembanguna­n bercampur.

“Selain kontrak 10 tahun, Marriott Internatio­nal juga akan menyediaka­n perunding teknikal bagi pembanguna­n, reka bentuk selain membangunk­an strategi pemasaran dan penjenamaa­n hotel berkenaan,” kata Tee. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia