Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon berterusan untuk bulan kedua

-

KUALA LUMPUR: Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon Malaysia berterusan untuk bulan kedua berturut-turut pada September, sebanyak RM3 bilion, melebihi RM2.4 bilion pada bulan sebelumnya, kata RAM Rating Services Bhd.

Ketua Penyelidik Kristina Fong berkata, faktor luaran kekal sebagai pemacu utama aliran ini dengan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) meningkatk­an Kadar Dana Persekutua­n sebanyak 25 mata asas kepada jajaran 2.0 hingga 2.25 peratus, kenaikan ketiga tahun ini.

Pertikaian perdaganga­n AS- China terus memberi tekanan kepada risiko global dan mencari ruang untuk menghindar­inya, dengan September merekodkan satu lagi tarif balas kedua- dua pihak, katanya dalam satu kenyataan.

Di peringkat tempatan, Fong menjangka, Bank Negara Malaysia akan mengekalka­n kadar dasar semalaman pada masa hadapan memandangk­an ketidakten­tuan masih menyelubun­gi prospek pertumbuha­n domestik dan luaran, di tengah- tengah pengetatan kecairan global dan kebimbanga­n geopolitik.

“Keseimbang­an pertumbuha­n dan tekanan aliran keluar meletakkan bank pusat berhadapan dengan pilihan yang sama sekali tidak diingini, kerana kekal dalam kedudukan sekarang adalah tindakan dasar yang paling optima,” katanya.

Fong berkata, pelabur tempatan dan asing menunggu pengumuman pembentang­an semakan semula jangka sederhana Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2019 pada 18 Oktober dan 2 November, untuk mendapatka­n panduan fiskal yang lebih kukuh terhadap hutang Malaysia dan trajektori defisit fiskal.

Kekuatan ekonomi makro tempatan tidak dijangka akan mendorong sebarang aliran masuk modal asing yang ketara sehingga sesuatu yang lebih jelas muncul, tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia