Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor perbankan perlu lebih waspada jenayah kewangan

-

KUALA LUMPUR: Sektor perbankan perlu lebih berwaspada terhadap jenayah kewangan memandangk­an bank merupakan lapisan peringkat pertama dalam mengenal pasti jenayah yang berlaku di instititus­i kewangan, menurut Ketua Pegawai Pematuhan Al-Rajhi Bank V. Maslamani.

Beliau berkata, agensi penguatkua­saan tidak boleh mengenakan sebarang tindakan terhadap pelaku jika bank gagal mengesan jenayah tersebut.

“(Skandal) 1Malaysia Developmen­t Bhd ( 1MDB) boleh dielakkan sekiranya mereka yang terlibat menyuaraka­n pandangan masingmasi­ng bagi meningkatk­an pematuhan tadbir urus dan ketelusan,” katanya selepas mengumumka­n mengenai Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2018, akan datang, di sini semalam.

Pada 2016, Polis Diraja Malaysia ( PDRM) merekodkan 99 kes pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencega- han Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Daripada kes tersebut, aset bernilai RM88 juta dibekukan, harta bernilai RM63 juta dirampas dan hak ke atas harta bernilai RM2.3 juta telah diambil mengikut peruntukan di bawah akta tersebut.

Sementara itu, Maslamani, yang juga pengerusi penganjur IFCTF 2018, berkata program yang akan diadakan pada 30 dan 31 Oktober ini dijangka menarik kehadiran lebih 1,000 delegasi, selain 40 pakar yang akan berkongsi pandangan dan langkah-langkah pragmatik bagi menangani jenayah kewangan.

“Tujuan utama persidanga­n tersebut adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai peranan pematuhan secara lebih meluas dalam fungsi lain di setiap institusi, selain menegaskan dan menunjukka­kan komitmen Malaysia dalam memer- angi jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan,” katanya.

Bertemakan ‘The Rising Voice of Compliance — Towards Greater Governance and Transparen­cy,’ ucap tama pada majlis tersebut akan disampaika­n Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

IFCTF dihoskan bersama Institut Kewangan Asia dan Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan, dengan disokong BNM dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

Penceramah pada persidanga­n tersebut termasuk dari BNM, PDRM, CyberSecur­ity Malaysia, Biro Penyiasata­n Persekutua­n Amerika Syarikat (AS), Jabatan Kehakiman AS dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: V. Maslamani (belakang, tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Dokumen Perjanjian Penajaan sempena sidang media ‘Internatio­nal Conference On Financial Crime and Terrorism Fanancing (IFCTF) 2018’ di Sasana Kijang, semalam
— Gambar Bernama KERJASAMA: V. Maslamani (belakang, tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Dokumen Perjanjian Penajaan sempena sidang media ‘Internatio­nal Conference On Financial Crime and Terrorism Fanancing (IFCTF) 2018’ di Sasana Kijang, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia