Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo ICT Sarawak di Stadium Tertutup Miri, 2-4 November

-

MIRI: Ekspo ICT Sarawak, acara tahunan yang popular bakal kembali menemui para pengunjung dari 2 hingga 4 November di Stadium Tertutup Miri, di sini.

Dianjurkan bersama oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Persatuan ICT Sarawak Cawangan Miri, ekspo tiga hari itu akan menampilka­n produk-produk ICT terkini dengan pelbagai promosi menarik.

Dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam setiap hari, sejumlah 59 gerai akan didirikan yang menampilka­n pelbagai jenama ICT seperti Acer, Asus, Lenovo, HP, Canon, Epson, Samsung, Lenovo, Logitech dan jenama utama lain dengan produk dan te- knologi terkini.

Selain itu, syarikat telekomuni­kasi seperti TM, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Tune Talk dan Red One turut menyertai ekspo tersebut.

Tambahan pula, menurut pengerusi penganjur Sarah Goh, pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai RM20,000 bakal dimenangi sepanjang ekspo tiga hari itu.

Ini termasuk hadiah cabutan bertuah harian yang termasuk dua komputer riba jenama Acer dan Asus serta satu tablet Acer. Para pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM100 untuk menyertai cabutan bertuah itu.

Selain itu, pada hari pertama ekspo, sejumlah 108 item akan dijual pada harga istimewa umpamanya pemacu pena 32GB dijual pada RM1 setiap satu, komputer riba Acer Aspire E5-476G dijual pada RM1,688, komputer riba Acer Aspire A51551G dijual pada RM1,788 dan Acer Predator Helios 300 ditawarkan hanya pada RM3,288.

Para pelanggan yang membelanja­kan RM100 dan ke atas juga layak menyertai permainan ‘Wheel Of Fortune’ yang menawarkan pelbagai produk ICT untuk dimenangi.

Justeru, Persatuan ICT Sarawak Cawangan Miri dan MBM mempelawa orang ramai menjayakan ekspo terbabit.

 ??  ?? MUTANG
MUTANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia