Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Saddiq mahu tempatkan bekas banduan di pejabatnya

Inisiatif ubah stigma, pandangan negatif terhadap banduan

-

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementeria­n berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu.

Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘ Riben Kuning’ yang dilaksanak­an kementeria­nnya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementeria­n berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatka­n di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.

“Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak expect pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas melan-

Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak expect pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan

carkan program tersebut di Penjara Sungai Buloh di sini, semalam.

Program itu yang dilaksanak­an dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementeria­n Dalam Negeri serta badan- badan bukan kerajaan bertujuan mengadakan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat seterus- nya meningkatk­an sistem sokongan terhadap bekas banduan.

Syed Saddiq berkata jika bekas banduan tersebut dapat berkhidmat dengan baik di pejabatnya, ia akan membuktika­n bahawa masyarakat juga boleh menerima mereka dan memberi sokongan kepada mereka.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh penghuni belia Penjara Sungai Buloh, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan perbincang­an dengan pihak berkaitan daripada kerajaan dan swasta bagi mencari mekanisme lebih baik untuk bekas banduan belia menjalani kehidupan selepas tamat hukuman.

Katanya, adalah tidak adil apabila golongan belia yang melakukan satu kesilapan dipinggirk­an selepas keluar dari penjara sedangkan mereka mempunyai masa depan yang panjang dan perlu dibantu bagi mengelak melakukan kesilapan berulang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Saddiq menandatan­gan simbolik perasmian Program Bersama Belia Penghuni Penjara Sungai Buloh dan Pelancaran Projek Reben Kuning di Sungai Buloh, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Saddiq menandatan­gan simbolik perasmian Program Bersama Belia Penghuni Penjara Sungai Buloh dan Pelancaran Projek Reben Kuning di Sungai Buloh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia