Utusan Borneo (Sarawak)

Taliban bunuh ‘ketua penyeksa’ Afghanista­n

Jeneral Abdul Raziq ditembak mati lelaki menyamar pengawal peribadi gabenor

-

KABUL: Jeneral Abdul Raziq pernah bercakap besar bahawa beliau terselamat “banyak kali” dari cubaan Taliban untuk membunuhny­a. Namun kelmarin kumpulan militan Afghan akhirnya berjaya apabila seorang pembunuh yang menyamar sebagai pengawal peribadi seorang gabenor menembak mati beliau.

Ketua polis kontrovers­i Kandahar, digelar oleh Human Rights Watch pada tahun lepas sebagai “ketua penyeksa” di wilayah selatan, telah bangkit melalui pangkatnya untuk menjadi salah seorang ketua keselamata­n yang paling berkuasa di Afghanista­n.

Dilihat sepenuhnya sebagai sebuah benteng dari keganasan Taliban, kematian Raziq telah meninggalk­an kekosongan keselamata­n yang berbahaya yang menurut seorang pemerhati akan membawa kepada “kecairan” di selatan, tempat kelahiran bagi pergerakan Taliban.

“Beliau adalah orang yang menjamin keselamata­n di Kandahar,” kata diplomat asing di Kabul.

Raziq, 39, yang mengawal wilayah secara cara kuku besi, dikagumi oleh ramai rakyat biasa Afghan dan dibenci oleh Taliban dalam ukuran yang sama.

Di sebalik tuduhan mengendali­kan ruangan penyeksaan rahsia, “menghancur­kan buah zakar” tahanan dan membunuh ribuan banduan Taliban – yang beliau nafikan – Raziq telah dianggap sebagai sekutu oleh Amerika Syarikat (AS) dalam perjuangan menentang Taliban.

Dalam satu kenyataan Twitter kelmarin, beberapa jam selepas terselamat tanpa kecederaan akibat serangan yang sama mengorbank­an Raziq, Jeneral Scott Miller menyuaraka­n ucapan takziah beliau bagi kematian “seorang teman yang hebat”.

“Kami telah berkhidmat bersama- sama selama be- berapa tahun. Afghanista­n kehilangan seorang patriot, ucapan takziah saya kepada penduduk Afghanista­n,” kata Miller, komander kanan pasukan Tentera AS dan NATO di Afghanista­n.

Miller telah bertemu dengan Raziq dalam satu kawasan yang dikawal dengan ketat di bandar Kandahar ketika seorang anggota pasukan keselamata­n untuk gabenor wilayah melepaskan tembakan dalam mesyuarat peringkat tinggi tersebut. Taliban berkata penembak itu adalah seorang “penyusup”.

Raziq dan dua orang lagi, termasuk ketua perisikan wilayah dan seorang wartawan, terkorban dalam serangan. Seramai 13 lagi mengalami kecederaan, termasuk dua rakyat Amerika dan gabenor.

Raziq, seorang yang buta huruf dan mempunyai tiga isteri, telah menentang Taliban sejak militan menghukum mati bapa dan bapa saudaranya pada 1994, dua tahun sebelum mereka berjaya mendedahka­n rejim bersifat menindas mereka di kebanyakan negara.

Ketika tentera AS menakluki Afghanista­n pada 2001, Raziq telah membantu mengalahka­n Taliban di selatan dan kemudian dilantik sebagai seorang ketua polis daerah.

Dalam satu temu bual dengan AFP pada tahun lepas, Raziq berkata Taliban telah “beberapa kali” menyasarka­n beliau, menambah beliau dapat mengingati 20 daripada insiden tersebut, termasuk sekurang-kurangnya lapan serangan nekad.

Raziq bernasib baik kerana terselamat dalam satu serangan bom pada 2017 yang mengorbank­an enam pegawai Emiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk duta UAE ke Afghanista­n.

Beliau sudah meninggalk­an bilik di bangunan gabenor Kandahar di mana para pegawai telah bermesyuar­at beberapa saat sebelum bom yang disembunyi­kan di dalam sebuah sofa meletup.

“Ketika puak Taliban bersungguh- sungguh untuk membunuh saya, anggota tentera dan rakyat saya tidak akan bersikap baik terhadap mereka, dan saya tidak akan pernah memaafkan mereka,” tegasnya. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? RAZIQ
RAZIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia