Utusan Borneo (Sarawak)

PERSAINGAN DIJANGKA ‘PANAS’ •

12 calon rebut lima kerusi naib presiden pada AGM FAS 2018-2021 di Limbang 27 Okt ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Mesyuarat Agung Dwitahunan ( AGM) Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sesi 2018/2021 yang bakal diadakan di Limbang pada 27 Oktober ini dijangka ‘ panas’ apabila 12 calon mengesahka­n bertanding untuk merebut lima kerusi naib presiden.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais ketika mendedahka­n perkara itu berkata pihaknya menjangkak­an pemilihan kali ini cukup sengit kerana kebanyakan ahli gabungan menghantar pencalonan masing-masing.

“Kita telah menerima sera- mai 12 calon untuk merebut lima jawatan naib presiden selepas tarikh tutup menghantar nama calon pada 12 Oktober lalu.

“Saya menjangkak­an pemilihan kali ini cukup ‘panas’ melihatkan jumlah yang amat besar bertanding untuk merebut jawatan dipertandi­ngkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Bagaimanap­un, Posa melihat situasi itu sebagai satu perkembang­an positif untuk FAS selepas ini kerana ramai yang masih menunjukka­n minat untuk menyertai badan induk bola sepak negeri itu.

Katanya, apa yang pasti persatuan tersebut akan ‘berwajah serba baharu’ selepas 27 Oktober ini bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia musim depan.

“Saya sudah bersemuka dengan setiap ahli gabungan dan mereka cukup matang untuk memilih calon-calon yang benar-benar dirasakan layak memegang jawatan dalam FAS,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden.

Antara calon yang mengesahka­n akan bertanding pada AGM kali ini ialah dua penyandang Naib Presiden FAS ketika ini iaitu Razali Dolhan dan Abang Suhordie Abang Zaini.

Calon lain termasuk Presiden Persatuan Bola Sepak Samarahan (PBBS) Mohamad Iskana Bujang, Presiden Persatuan Bola sepak Serian (SFA) Phillip Jabu, Presiden Persatuan Bola Sepak Mukah (MUFA) Ajahar Bakar, Presiden Persatuan Bola Sepak Miri ( PBBM) Mohd Saif Jubaidi, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarikei (Sarikei FA) Abang Zaini Abang Ismail dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kapit (Kapit FA) Nichol Agoi.

Turut bertanding Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sri Aman ( FASA) Abdillah Majid, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sibu (SFA) Mejar (B) Moses Ripai, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Limbang (PPBL), Abdul Ajis Kon Mohamad Ghazali dan Othman Sulaiman.

Saya menjangkak­an pemilihan kali ini cukup ‘panas’ melihatkan jumlah yang amat besar bertanding untuk merebut jawatan dipertandi­ngkan. Datuk Posa Majais Presiden FAS

 ??  ??
 ??  ?? POSA
POSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia