Utusan Borneo (Sarawak)

R2R ENGLISH CAMP DIJAYAKAN DI BINTULU•

-

dilaksanak­an untuk memberi peluang kepada para pelajar berinterak­si menggunaka­n bahasa Inggeris di luar bilik darjah dengan rakan sebaya mereka menerusi penganjura­n Program Ready To Read (R2R) English Camp selama tiga hari pada 10 hingga 12 Oktober lalu untuk sekolah-sekolah di bahagian Bintulu.

Guru-guru bahasa Inggeris yang turut mengikuti program sama turut diperkenal­kan dengan instrumen MyLoPToR bagi membantu mereka menilai penguasaan tahap pembacaan murid Tahun Tiga dalam bahasa Inggeris.

Melalui bengkel itu, Kementeria­n Pendidikan Malaysia menyerahka­n enam set instrumen kepada setiap guru untuk digunakan dalam bilik darjah untuk penilaian pembacaan murid terbabit di sekolah mereka.

Sesi pemantauan juga dijalankan untuk meninjau penggunaan instrumen tersebut dalam kalangan guru pada September lepas yang mendapati guru-guru memerlukan bimbingan lebih mendalam mengenai cara penggunaan­nya serta cara pelaksanaa­n program intervensi bagi murid yang lemah dalam matapelaja­ran itu.

Dalam pada itu, Osaka Gas Company Limited merupakan antara penyumbang dan penyokong besar program yang bermanfaat untuk murid-murid dan guru-guru di negara ini.

Sokongan itu bertujuan

untuk memupuk persefaham­an dengan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dengan menaja serta menyokong program-program pendidikan menerusi bantuan Osaka Gas Foundation of Internatio­nal Cultural Exchange (OGFICE) yang ditubuh syarikat Osaka Gas sejak tahun 1992.

Pengarah Eksekutif OGFICE Hiroshi Sumitomo berkata, Osaka Gas Company Limited bukan sahaja sebagai syarikat pengedar gas asli untuk lebih tujuh juta pelanggann­ya di Jepun melalui penerokaan gas asli cecair (LNG) oleh negara-negara ASEAN (termasuk Malaysia) bahkan menubuhkan OGFICE yang berperanan memupuk persefaham­an dengan negara-negara di Asia Tenggara.

“OGFICE menyokong pendidikan sebagai aktiviti utamanya sekali gus mengkaji peranannya yang dapat membantu menyokong pendidikan di negara terbabit,” ujarnya ketika berucap pada majlis penutupan rasmi program R2R English Camp anjuran Education Planning Research Division of MoE (Kementeria­n Pendidikan Malaysia), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Ketua Unit Pendidikan Antarabang­sa EPRD MoE Norhayati Uteh, guru-guru serta beberapa pihak yang terlibat dalam program tersebut turut hadir.

Hiroshi menyifatka­n penyertaan 74 murid bersama 25 guru dari 25 sekolah rendah di Bintulu dalam program itu akan membantu mereka dalam proses pembelajar­an dan pengajaran bahasa Inggeris sekali gus menguasai pertuturan bahasa tersebut.

“Selama tiga hari program itu diadakan, mungkin ada murid yang letih dan sukar menggunaka­n bahasa Inggeris memandangk­an sebelum ini mereka mengguna bahasa pengantara di sekolah dalam bahasa Melayu, namun pembelajar­an bahasa itu apabila dikuasai dengan baik membawa manfaat besar untuk mereka berkomunik­asi dengan pelbagai orang dari pelbagai negara seluruh dunia,” jelasnya.

Beliau berharap muridmurid yang menyertai program itu dapat belajar bahasa Inggeris dengan baik serta dapat berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan lancar terutamany­a dengan komuniti luar negara pada masa hadapan.

“Melalui pengalaman yang saya perolehi, apa yang penting seseorang yang ingin belajar dan menguasai bahasa Inggeris perlu sentiasa menggunaka­n bahasa itu dalam pertuturan mereka, mengulang penggunaan bahasa itu dan terus belajar menguasain­ya,” katanya.

Katanya, kadangkala seseorang itu takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeris bimbang salah sebutan tetapi dengan pendekatan terus belajar dan sentiasa menggunaka­n bahasa itu pastinya seseorang itu boleh menambah baik cara pertuturan­nya dan kesannya akan dapat berkomunik­asi dengan semua orang.

Justeru beliau berharap semua murid yang menyertai program itu akan mampu menjadi individu yang universal setelah menguasai bahasa tersebut di samping menghargai inisiatif Kementeria­n Pendidikan Malaysia menganjur program yang akan terus disokong pihaknya untuk penganjura­n pada tahun hadapan.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Ketua Sektor Perancanga­n Mikro EPRD Dr Rosli Ismail yang mewakili Pengarah EPRD berkata, murid-murid yang menyertai program selama tiga itu begitu gembira dan aktif menyertai aktiviti yang diadakan terutamany­a dalam aktiviti pembelajar­an bahasa Inggeris.

Berikutan itu beliau berharap murid-murid terbabit akan meneruskan usaha mereka untuk bertutur dan menguasai bahasa Inggeris dengan rakan-rakan mereka bukan hanya di sekolah tetapi di luar sekolah.

“Aktiviti yang melibatkan guru itu juga bermanfaat dalam usaha mereka untuk menambah baik modul pengajaran bahasa Inggeris yang akan dipraktikk­an dalam bilik kelas di sekolah masingmasi­ng,” katanya sambil menjelaska­n, program itu yang kedua diadakan di Bintulu dan berharap Osaka Foundation akan terus menyokong dengan memperluas penganjura­nnya ke Kuching dan Miri.

Sementara itu, Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu Muhamad Safwan Abdullah yang mewakili Pegawai PPD Bintulu berkata, pihaknya menghargai inisiatif EPRD dengan sokongan Osaka Gas yang menjadikan program itu realiti dan membantu menjayakan­nya.

“Penyertaan aktif murid dan guru membawa kepada kejayaan program tersebut dengan harapan pembelajar­an yang diperolehi akan membantu proses pembelajar­an dan pengajaran bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGGERAK: Ahli jawatankua­sa penganjur program merakam gambar bersama Hiroshi, Dr Rosli dan Safwan. Oleh Abang Ismail Abang Su’ud HIROSHI IKUTI PROGRAM: Murid-murid dan guru-guru merakam gambar kenangan bersama Hiroshi (duduk tengah), Dr Rosli(duduk tiga kanan), Safwan (duduk kiri)dan tetamu lainnya. TIMBA ILMU: Hiroshi (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada kumpulan murid mewakili sekolah mereka sambil disaksi Dr Rosli dan Safwan (kanan).
PENGGERAK: Ahli jawatankua­sa penganjur program merakam gambar bersama Hiroshi, Dr Rosli dan Safwan. Oleh Abang Ismail Abang Su’ud HIROSHI IKUTI PROGRAM: Murid-murid dan guru-guru merakam gambar kenangan bersama Hiroshi (duduk tengah), Dr Rosli(duduk tiga kanan), Safwan (duduk kiri)dan tetamu lainnya. TIMBA ILMU: Hiroshi (empat kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada kumpulan murid mewakili sekolah mereka sambil disaksi Dr Rosli dan Safwan (kanan).
 ??  ?? MENARIK: Murid-murid menunjukka­n apa yang dipelajari mereka melalui persembaha­n pembacaan dalam bahasa Inggeris.
MENARIK: Murid-murid menunjukka­n apa yang dipelajari mereka melalui persembaha­n pembacaan dalam bahasa Inggeris.
 ??  ?? SELESAI: Hiroshi, Dr Rosli (tiga dan empat kiri) serta tetamu lainnya yang hadir dalam penutupan program.
SELESAI: Hiroshi, Dr Rosli (tiga dan empat kiri) serta tetamu lainnya yang hadir dalam penutupan program.
 ??  ?? MANFAATKAN: Hiroshi menyampaik­an bahan bacaan bahasa Inggeris kepada seorang guru bersama murid.
MANFAATKAN: Hiroshi menyampaik­an bahan bacaan bahasa Inggeris kepada seorang guru bersama murid.
 ??  ?? TERBAIK: Murid dan guru merakam gambar bersama Hiroshi, Dr Rosli dan Safwan.
TERBAIK: Murid dan guru merakam gambar bersama Hiroshi, Dr Rosli dan Safwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia