Utusan Borneo (Sarawak)

RANGKA TULANG PAUS MALANG DIPAMER

-

BINTULU: Rangka tulang daripada bangkai paus jenis ‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang ditemui terdampar di kawasan pantai Tanjung Batu pada pagi 12 Disember 2015 kini dipamerkan di Taman Negara Similajau.

Daripada maklumat yang dipaparkan, ‘Cuvier’s Beaked Whale’ (Ziphius Cavirostri­s) itu ditemui terdampar masih bernyawa pada jam 7 malam, 11 Disember 2015 di Pantai Tanjung Batu Bintulu.

Kakitangan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dari Taman Negara Similajau, sukarelawa­n Malaysia LNG of Companies (MLNG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu dan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) pada masa itu berjaya menyelamat paus tersebut dengan melepaskan­nya ke laut sekitar jam 9 malam.

Bagaimanap­un, mamalia malang itu ditemui semula terdampar mati pada pagi keesokanny­a di Pantai Tanjung Batu.

Bangkai paus berukuran 5.7 meter panjang itu mengalami kecederaan parah kemungkina­n impak daripada batu-batu di kawasan pantai, menurut maklumat yang dipaparkan.

Berikutan itu, bangkai tersebut dihantar ke Taman Negara Similajau oleh orang awam dengan bantuan kakitangan SFC dan sukarelawa­n MLNG.

Ia merupakan julung kalinya ‘Cuvier’s Beaked Whale’ ditemui di Sarawak dan kedua di Malaysia.

Satu lagi rangka tulang lengkap ‘Cuvier’s Beaked Whale’ di Malaysia dipamerkan di Akuarium Universiti Malaysia Sabah.

‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang juga dikenali sebagai ‘Goosebeak Whale’ ditemui di seluruh perairan laut dunia, kecuali kawasan kutub keduadua hemisfera.

Paus disenarai di bawah Internatio­nal Union for Conservati­on of Nature (IUCN)Senarai Merah Spesies Terancam.

Di Sarawak, kesemua spesies Cetacea (paus, dolfin, dan porpoise) adalah spesies dilindungi dan tersenarai dalam Jadual Pertama Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998.

 ??  ?? MAKLUMAT: Rangka tulang daripada bangkai paus jenis ‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang kini dipamerkan di Taman Negara Similajau. IMBAS KEMBALI: Paus ‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang terdampar tidak bernyawa pada pagi 12 Disember 2015 di Pantai Tanjung Batu, Bintulu.
MAKLUMAT: Rangka tulang daripada bangkai paus jenis ‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang kini dipamerkan di Taman Negara Similajau. IMBAS KEMBALI: Paus ‘Cuvier’s Beaked Whale’ yang terdampar tidak bernyawa pada pagi 12 Disember 2015 di Pantai Tanjung Batu, Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia