Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK TAMBAH BAJET

Kerajaan Sarawak akan meneruskan projek persekutua­n yang dibatalkan di negeri ini: KM

- Oleh Nick Fletcher

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan menambah jumlah bajet untuk tahun depan bagi menampung projek-projek persekutua­n yang dibatalkan di negeri ini sekali gus meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bajet tersebut akan dibentangk­annya pada 5 November depan sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kalau kerajaan persekutua­n kata tidak ada duit, yang bermakna mereka tidak dapat memberikan kita peruntukan malah membatalka­n projekproj­ek untuk Sarawak yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu, maka kita akan menambah bajet sendiri.

“Bermakna, banyak projek pusat akan kita teruskan kerana kita tidak mahu terlalu bergantung dengan Putrajaya… Sarawak mesti dibangunka­n oleh anak Sarawak,” ujarnya pada sesi Townhall #TanyakAbgJ­o sempena program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2019’ di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, semalam.

Abang Johari berkata, pembentang­an Bajet Sarawak 2019 juga akan memperkena­lkan beberapa inisiatif baharu kerajaan negeri, antaranya bantuan kewangan untuk anak Sarawak yang baharu lahir.

“Saya sudah berbincang dengan kabinet negeri untuk mencari yang terbaik diberikan kepada rakyat dan kami akan tampil dengan bantuan ini.

“Bantuan ini akan diberikan kepada setiap bayi yang lahir bermula tahun depan, namun ibu bapa tidak boleh mengeluark­annya.

“Duit ini akan terkumpul yang ditambah dengan faedah dan ia boleh digunakan oleh anak tersebut apabila berusia 18 tahun, misalnya untuk melanjutka­n pelajaran,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata akan turut mengumumka­n mengenai pelaksanaa­n Rumah Pertiwiku, satu lagi inisiatif baharu kerajaan negeri dalam membantu rakyat negeri ini memiliki rumah sendiri.

“Rumah ini adalah eksklusif untuk orang Sarawak sahaja... orang luar tidak boleh membeli rumah ini,” katanya sambil menambah ia sekarang di peringkat penggubala­n dasar.

Kerajaan negeri juga akan mencari jalan menambah tabung bagi membantu anak-anak Sarawak yang melanjutka­n pelajaran mendapatka­n pembiayaan, katanya.

Sementara itu, Abang Johari ketika ditemui selepas sesi tersebut berkata, Jawatankua­sa Kabinet untuk menangani isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu seimbang dari segi keanggotaa­n bagi memastikan matlamat mengembali­kan keistimewa­an kepada Sarawak dan Sabah tercapai secara adil.

Menurut beliau, keanggotaa­n ketika ini tidak seimbang kerana hanya dua wakil dari kerajaan Sarawak dalam ja- watankuasa tersebut iaitu beliau sendiri dan Peguam Besar Sarawak, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang turut disenaraik­an sebagai wakil Sarawak, bagaimanap­un tidak mewakili kerajaan negeri.

Justeru, Abang Johari berkata, kerajaan negeri telah mencadangk­an agar susunan semula dibuat dalam jawatankua­sa berkenaan berdasarka­n jawatankua­sa antara kerajaan.

“Kerajaan persekutua­n telah mengiktira­f kita sebagai rakan sekutu dalam penubuhan Malaysia. Maka itu, apa yang patut dibuat adalah wakil dari kerajaan Sarawak, kerajaan Sabah dan kerajaan persekutua­n haruslah seimbang.

“Kemudian, baharulah kita dapat membincang­kan mengenai isu yang telah dipersoalk­an dalam MA63 kerana kalau tidak, jika kelulusan dibuat menggunaka­n undi majoriti maka kita akan tersingkir,” katanya.

Jawatankua­sa Kabinet untuk menangani isu MA63 bagi mengemba- likan keistimewa­an kepada Sarawak dan Sarawak akan diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Abang Johari, Talat dan Baru, ia dianggotai Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafee Apdal, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Selain itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Turut menganggot­ai jawatankua­sa itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, Peguam Besar Sabah Zaleha Rose Pandin, Peguam Negara Tommy Thomas serta Profesor Undang-Undang Universiti Malaya Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

 ??  ?? KENANGAN: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain berswafoto dengan anak-anak Sarawak yang menghadiri sesi Townhall #TanyakAbgJ­o sempena program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.
KENANGAN: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain berswafoto dengan anak-anak Sarawak yang menghadiri sesi Townhall #TanyakAbgJ­o sempena program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2018’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia