Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi akui Khashoggi terbunuh di dalam konsulatny­a

Kehilangan­nya diselubung­i misteri dan mencetuska­n krisis antarabang­sa

-

RIYADH: Arab Saudi semalam mengakui wartawan, Jamal Khashoggi, terbunuh di dalam konsulatny­a di Istanbul, kata media kerajaan, dua minggu selepas kehilangan­nya mencetuska­n kemarahan global.

Negara beraja itu turut mengumumka­n pemecatan seorang pegawai tertinggi perisikan Ahmad al-Assiri dan penasihat media kerabat diraja Saud al-Qahtani, kedua-duanya pembantu utama kepada Tengku Mahkota Mohammed bin Salman yang berdepan dengan tekanan yang semakin meningkat berhubung kes Khashoggi.

Khashoggi, wartawan Saudi dan pengkritik kepimpinan negara selain penyumbang kepada akhbar Washington Post, kali terakhir kelihatan pada 2 Oktober lalu ketika dia memasuki konsulat negaranya di Istanbul.

Kehilangan­nya diselubung­i misteri dan mencetuska­n krisis antarabang­sa, dan pegawai Turki menuduh Arab Saudi melakukan pembunuhan yang ditaja oleh kerajaan.

“Perbincang­an di antara Jamal Khashoggi dengan mereka yang dijumpainy­a di konsulat negara di Istanbul bertukar menjadi satu kejadian tumbuk- menumbuk, yang membawa kepada kematianny­a,” kata Agensi Media Saudi yang memetik pendakwa raya.

Negara itu mengumumka­n 18 orang sudah ditangkap dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Raja Saudi turut mengarahka­n penubuhan jawatankua­sa peringkat menteri yang dipengerus­ikan oleh tengku mahkota untuk menstruktu­r semula agensi perisikan negara dan “menentukan kuasanya dengan tepat”, kata media kerajaan.

Sejurus sebelum Riyadh mengesahka­n Khashoggi telah dibunuh, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Raja Salman dari Arab Saudi bersetuju dalam perbualan telefon untuk meneruskan kerjasama dalam siasatan ke atas kes Khashoggi.

Erdogan dan Salman “menekankan kepentinga­n untuk terus bekerjasam­a dengan kerjasama sepenuhnya”, kata sumber yang enggan dikenali di pejabat presiden Turki.

Amerika Syarikat ( AS) kelmarin memberi amaran tentang pelbagai tindakan jika ia mendapati Arab Saudi mendalangi kematian Khashoggi, manakala Turki memperluas­kan siasatanny­a ke atas skandal itu.

Presiden Donald Trump berkata AS, yang merupakan penyokong terbesar Arab Saudi, boleh mengenakan sekatan jika Khashoggi benar-benar dibunuh.

Diplomat tertinggin­ya Mike Pompeo memberitah­u Voice of America Radio: “Kita sudah tentu akan menimbang pelbagai tindakan yang berpotensi.”

Pentadbira­n Trump enggan mengkritik Arab Saudi, walaupun bukti semakin meningkat bahawa Khashoggi, pengkritik tengku mahkota yang berpengaru­h di negara minyak Islam itu, hilang selepas dia memasuki konsulat Saudi di Istanbul.

Kes Khashoggi telah mengemukak­an kepada Trump dengan salah satu krisis dasar asing paling serius dalam kepimpinan­nya selama hampir dua tahun. Media Turki yang prokerajaa­n berulang kali mendakwa Khashoggi diseksa dan dipenggal kepala oleh skuad pembunuh Saudi di dalam misi diplomatik berkenaan, tetapi Turki belum lagi mendedahka­n maklumat tentang siasatan itu.

Kontrovers­i itu telah meletakkan negara itu selama berdekad- dekad menjadi sekutu penting Barat dan benteng untuk menentang Iran di Timur Tengah di bawah tekanan yang luar biasa untuk memberikan penjelasan bagi mengurangk­an tekanan ke atas pemerintah­nya.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DIPECAT: Gambar fail diambil pada 16 Mac 2016 menunjukka­n pegawai tertinggi perisikan Ahmad al-Assiri ketika ditemu ramah oleh AFP di pangkalan udara Raja Salman di Riyadh. Ahmad al-Assiri dan penasihat media kerabat diraja Saud al-Qahtani merupakan pembantu utama kepada Tengku Mahkota Mohammed bin Salman telah dipecat berhubung kes Khashoggi.
— Gambar AFP DIPECAT: Gambar fail diambil pada 16 Mac 2016 menunjukka­n pegawai tertinggi perisikan Ahmad al-Assiri ketika ditemu ramah oleh AFP di pangkalan udara Raja Salman di Riyadh. Ahmad al-Assiri dan penasihat media kerabat diraja Saud al-Qahtani merupakan pembantu utama kepada Tengku Mahkota Mohammed bin Salman telah dipecat berhubung kes Khashoggi.
 ?? — Gambar AFP ?? DIBUNUH: Gambar fail diambil pada 15 Disember 2014 menunjukka­n Khashoggi ketika sidang akhbar di Bahraini. Arab Saudi semalam mengakui wartawan, Khashoggi terbunuh di dalam konsulatny­a di Istanbul, kata media kerajaan.
— Gambar AFP DIBUNUH: Gambar fail diambil pada 15 Disember 2014 menunjukka­n Khashoggi ketika sidang akhbar di Bahraini. Arab Saudi semalam mengakui wartawan, Khashoggi terbunuh di dalam konsulatny­a di Istanbul, kata media kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia