Utusan Borneo (Sarawak)

Belia harus jaga diri, keluarga

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Golongan belia boleh menyumbang kepada pembanguna­n institusi kekeluarga­an dan kesejahter­aan komuniti.

Menteri Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia boleh dicapai sekiranya golongan tersebut fokus dan yakin terhadap impian mereka.

“Belia hari ini perlu bertindak, menjaga diri sendiri dan keluarga serta jangan lupa untuk memberi semula kepada komuniti.

“Sekiranya anda mempunyai minat untuk menjaga alam sekitar, jangan hanya mengikuti ‘page’ Facebook, tetapi lakukan sesuatu dan bertindak untuk sesuatu yang baik berlaku.

“Juga, jika anda mempu- nyai minat untuk mencari ubat bagi mengubati kanser, lakukan segala yang mungkin untuk ke arah itu.

“Pilihan adalah pada diri anda sendiri sama ada mahu menjadi seorang yang pasif dengan hanya melihat atau menjadi hero yang aktif dan mendapat hasil daripadany­a,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Graduasi Lodge Group of Schools di sini, semalam.

Fatimah turut mengingatk­an belia agar menjaga kehidupan mereka dengan menjaga kesihatan badan dan mental sebaiknya.

Begitu juga setelah berjaya untuk menjaga keluarga mereka serta ibu bapa dan jangan sesekali lupa untuk menyumbang bakti kepada komuniti, katanya.

“Bagi anda yang menunggu masa untuk menghadiri konvokesye­n tamat pengajian menengah, masih banyak lagi yang tidak berpeluang untuk ke sekolah.

“Antara sebabnya ialah persekitar­an rumah yang kurang sihat dan menyebabka­n mereka berhenti berse- kolah pada usia yang sangat muda dan ramai yang tidak fasih berbahasa atau lulus cemerlang dalam ujian mereka,” ujarnya.

Lodge Internatio­nal School telah banyak melahirkan alumni terkenal dan kini menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

Setelah lebih 60 tahun bertapak menjadi sebuah insitusi pendidikan yang mempunyai jenama sendiri, sekolah ini merupakan pilihan pelajar tempatan dan asing.

Modul pembelajar­an yang digunakan diiktiraf untuk pencapaian akademik dan kokurikulu­m yang cemerlang.

Seramai 179 pelajar Lodge Group of Schools Tingkatan 5 dan Tahun 11 menerima skrol masing-masing pada majlis semalam.

Belia hari ini perlu bertindak, menjaga diri sendiri dan keluarga serta jangan lupa untuk memberi semula kepada komuniti. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an skrol kepada salah seorang pelajar Lodge Group of Schools pada majlis graduasi semalam.
TAHNIAH: Fatimah (tiga kiri) menyampaik­an skrol kepada salah seorang pelajar Lodge Group of Schools pada majlis graduasi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia